Bagi Umno-Bn yang kuasai kerajaan pusat tidak ada apa-apa nilai bagi isu enjin Pesawat F-5E yang dilaporkan hilang bernilai RM50juta pada tahun 2007. Setelah hampir dua tahun baru timbul isu kehilangan enjin pesawat, kenapa tidak didedahkan kepada rakyat semasa enjin itu hilang pada tahun2007?
Bagi pemimpin Umno-Bn mungkin nilai RM50 juta itu amat kecil sedangkan duit itu adalah duit rakyat yang menjadi warganegara Malaysia. Pada tahun 2007 Pak Lah masih Perdana Menteri dan Najib adalah Timbalan Perdana Menteri , kenapa mereka berdiam diri menyembunyikan isu kehilangan enjin yang dikatakan dibawa lari ke Amerika Selatan. Mantan Perdana Menteri, Pak Lah dan Najib mesti dipertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan enjin tersebut.
Pegawai-pegawai atasan TUDM sudah tentu mendapat arahan pihak tertinggi negara sebelum sesuatu perkara yang libatkan keselamatan negara dilakukan. Jangan hanya mereka saja dikambinghitamkan tetapi jerung besar tidak diambil apa-apa tindakan. SPRM dan pihak Polis mesti siasat Pak Lah dan Najib sama jangan hanya pegawai-pegawai TUDM saja disiasat.
Ketulan Enjin itu dihilangkan dan dilarikan menggunakan pengangkutan apa? Bagaimana dan siapa yang meluluskan 'kehilangan' enjin tersebut. Amat malang rakyat Malaysia yang menjadikan pemimpin Umno-Bn sebagai pemerintah dan amat memalukan bertuankan pemimpin Umno-Bn kerana sanggup menggadai harta rakyat kepada negara luar demi wang dan kuasa yang mereka ada.Mereka curi harta negara dan diamkan diri begitu saja.
Berkaitan;
PM:Tiada Niat Tutup Kes Enjin Jet TUDM-malaysiakini
Kerajaan Tiada Hasrat Tutup Kes Kehilangan Enjin Jet Pejuang TUDM-Najib-Bernama
Enjin Jet Dan C4: Menteri Pertahanan Mesti Ambil Tanggungjawab-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan