Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan PKR untuk mencari penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat suruhanjaya tersebut.
Perkara itu didedahkan oleh ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berkata, SPRM memintanya berbuat demikian secepat mungkin.
Yang mengadu disuruh cari P.Bala . Betulkah cara SPRM buat macam tu kepada pengadu?
Sambil menyuarakan rasa terkejutnya dengan permintaan SPRM itu, Shamsul Iskandar berkata:
"Mereka sendiri mempunyai segala kemudahan untuk mencari Balasubramaniam."-malaysiakini
Balasubramaniam, bekas anggota polis Cawangan Khas yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda, membuat akuan bersumpah kontroversi 3 Julai tahun lalu yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.-malaysiakini klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan