Ahad, 20 Disember 2009

Masih Adakah Pemimpin Pas Main Belakang Dengan Umno

Gambar bangunan berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat 09 di Auditorium MBSA ,Shah Alam.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas,PKR dan Dap telah habis berbincang,mengatur strategi baru untuk merungkai segala permasalahan sesama mereka dan masing-masing megutarakan pandangan dan iltizam untuk terus bersama Pakatan Rakyat hadapi Umno-Bn yang masih kuasai Kerajaan Pusat.

Bagi Pas Tok Guru Nik Aziz yang juga Murshidul Am Pas itu terus mengatakan beliau telah muak dan jijik dengan Umno. Begitu juga ulangan demi ulangan yang disebut Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Awang akan terus besama Pakatan Rakyat kerana dasar Islam yang dibawa Pas tidak memungkinkan Pas belot atau mungkir janji.

Dalam masa yang sama masih adakah segelintir pemimpin Pas yang bermain belakang dengan Umno atau main kayu tiga dengan Pakatan Rakyat untuk hancurkan gagasan yang telah disepakati bersama Pakatan Rakyat. Jika ada inilah mereka-mereka yang menjadi api dalam sekam untuk porak porandakan Pakatan Rakyat dan hilangkan keyakinan rakyat yang memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat.

Jika ada perasaan belas kepada Umno dikalangan pemimpin Pas tapi tidak ditonjolkan di mata umum dan dalam diam-diam mengatur strategi berasingan dengan Umno ini amat merbahaya kepada Pas dan Pakatan Rakyat.Mereka-mereka ini akan dihukum dalam pilihanraya umum 13 akan datang.Imej Pas sendiri akan malap dan dipersendakan rakyat jika masih ada 'rundingan dalam gelap' dengan pemimpin Umno atau buat urusniaga dengan Umno secara licik untuk gagalkan Pakatan Rakyat.

Sentimen Melayu -Islam yang tiba-tiba jadi popular di kalangan segelintir pemimpin Pas telah membuktikan kejayaan jarum Umno untuk hilangkan keyakinan sesetengah pemimpin Pas untuk bersama Pakatan Rakyat.Dulu Pas hanya perjuangkan Islam sekarang ada pemimpin Pas pandai pula cakap perjuangan Melayu-Islam hingga timbulkan prasangka buruk kepada pengundi bukan Islam yang sokong Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan