Selasa, 6 Disember 2011

Jais jangan ingat Bob Lokman macam Chua Soi Lek

Di negara kita ada macam-macam perkara pelik dan memalukan.Berdakwah ajak orang kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT kena ada tauliah.Tauliah daripada Yaman, Mesir, Arab Saudi, Syria yang iktiraf ilmu seseorang yang belajar agama tidak laku di Malaysia terutama di Selangor.Tak percaya ?Kalau tak percaya jika anda ada kebolehan dalam bidang agama cuba-cubalah ajar agama di masjid dalam negeri Selangor.Selang tak berapa lama anda akan diheret ke mahkamah untuk didakwa.

Lagi pelik jika anda ada tauliah mengajar agama di Selangor jika anda ke Negeri Sembilan tauliah dari Selangor tak laku.Anda kena ada 13 tauliah baru boleh mengajar di seluruh Malaysia.Itu satu hal.Jika anda jadi pemuzik, pencipta lagu dan lirik lagu yang boleh bawa manusia hanyut ke lautan api sekalipun anda akan dipuja dan dipuji melangit termasuk sekali dengan yang bergelar ustaz-ustaz yang cari makan jual agama untuk nafsu serakah tuan mereka ( ustaz makan gaji).Tapi jika anda dah tinggalkan dunia muzik dan giat aktif jadi penceramah dan pendakwah ajak orangramai kejalan kebaikan dunia akhirat anda mula akan diuji dengan macam-macam termasuk terpaksa merengkok dalam penjara atau hilang jawatan jika anda berpangkat mufti tegur salahlaku pemerintah yang jadi manusia bertopengkan syaitan.Sebagai contoh dulu Almarhum bekas mufti Selangor Dato'Ishak Baharom yang haramkan ratu cantik beliau telah dipecat sebagai mufti di Selangor.

Dulu Yusuf Islam (Cat Steven) penyanyi dan pemuzik hebat masuk Islam jadi pendakwah di Britain dan seluruh dunia , tak ada satu negara pun tanya beliau ada tauliah atau tidak mengajar agama!Anda ingat undang-undang Syariah di negara ini ikut undang-undang Islam yang betulka?Jangan tersilap,Mahkamah syariah boleh jatuh hukum jika anda ditangkap khalwat hanya denda RM1000-RM3000 saja tu pun boleh minta kurang.Berzina juga hanya kena denda macam kes khalwat.Kalau anda bernikah di Thailand dan daftar di negara ini walaupun anda ada surat nikah yang sah daripada jabatan agama di Thailand anda juga akan didenda,Lebih teruk lagi jika tak daftar nikah, anak anda tidak dapat dibinkan.Ini undang-undang Islam atau undang-undang syaitan?

Kini Bob Lokman yang masuk jadi anggota parti Islam (PAS) dan giat berdakwah ajak manusia ke jalan kebaikan ditangkap dan didakwa di mahkamah syariah kerana tak ada tauliah mengajar agama.'Salah Bob Lokman juga sebab tak masuk Umno dan ceramah tak ajak orang masuk Umno kalau tidak sudah tentu Perkasa pi demo depan Jais sebab kena tangkap'!Tidak ada mana-mana masjid Bob Lokman ceramah ajak orang masuk Pas tapi ajak orangramai cintakan Islam, ajak orangramai ikut ajaran Islam takkan salah?Bob tak hina Islam macam Chua Soi Lek yang kutuk hukum hudud Allah SWT.Bob tak macam pemimpin Umno yang bersekongkol dengan pemimpin bukan Islam pakat lawan kutuk hukum Islam.Tahniah kepada Bob Lokman yang berani demi kebenaran!

Baca-Bob Lokman akan dibicara 14 Februari depan-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan