Selasa, 13 Disember 2011

Hasan Ali hanya online dengan Allah SWT?

Kata Hasan Ali "Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja."

Dalam Al-Quran surah An Nisa ayat 59 yang bermaksud  "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."

Hasan Ali sekarang duduk dalam parti apa sebenarnya?Siapa ketua Hasan Ali?Dalam keluarga kita sebagai orang Islam pun kena taat kepada dua ibubapa kita, dalam tempat kerja kita ada ketua atau bos yang perlu kita hormati sebagai majikan kita.Kalau jadi wakil rakyat dan ecxo pun hasil sokongan rakyat bukan boleh naik sendiri!Rakyat adalah majikan kamu hanya sebagai pengurus kepada rakyat.Jangan bila dah ada kuasa dah ada segala-galanya jadi derhaka kepada orang yang undi kamu.


Kalau nak taat kepada pemerintah pun ialah kepada pemerintah yang adil bukan yang zalim, bukan yang kaki betina dan minum arak.Bukan yang zalimi rakyat hingga nak berhimpun  suarakan hak rakyat kena tembak gas pemedih mata dan bom asap yang ni memang tak boleh taat kita kena lawan.



3 ulasan:

  1. Tuh hang Misai Merah. Hangpa tak tau nak menafsir ayat Al-Qur'an dok diam. Jangan nak tunjuk pandai nak jadi Mufasirrin pulak.
    Ulil-Amri dalam ayat ini adalah para Sultan yg menguasai Hal Ehwal Orang Islam dan Agama Islam. Hang pi rujuk Mufti Selangor dan semua Mufti di Malaya Sabah Sarawak Brunai dan Singapura.
    Jika hang tak yakin akan kuasa Sultan dan Agong cuba hang pi sembah derhaka terhadap Agong yang baru ni. Agong yang paling senior dan alim dlm kuasa Raja2 Melayu.

    BalasPadam
  2. haha.. agama paras lutut sembang pandai

    BalasPadam
  3. depa belajaq agama kat ustaz najib

    BalasPadam