Jumaat, 2 Disember 2011

Ahmad Busu 'Pi Mai, Pi Mai Tang Tu' muncul dalam ceramah Pas di Shah Alam

Pelakon dan pelawak terkenal Ahmad Busu atau lebih dikenali dengan Mat Deris dalam sitcom komedi 'Pi Mai, Pi Mai Tang Tu' (gambar) muncul dalam ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam malam tadi. Beliau hadir bersama penceramah dan pendakwah bebas popular masa kini Bob Lokman yang jadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang juga pensyarah UIA.Ahmad Busu tidak berucap, hadir sebagai pemerhati dalam majlis tersebut.Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan mempelawa Ahmad Busu untuk sertai Pas.Beliau meminta ahli Pas yang hadir hulurkan borang keahlian Pas kepada Ahmad Busu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan