Sasterawan negara seru lakukan 'regim change' -Harakahdaily
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mahu anak muda
di negara ini menolak janji 'game change' yang disebut Datuk Seri Najib
ketika Perhimpunan Agung Umno lalu.
Malah menurutnya, apa yang
lebih penting pada waktu ini adalah 'regime change' untuk mengubah
kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada 'game change'. Tapi pada saya game change itu kecil.
“Kita
mahukan perubahan rejim (regime change), bukan sekadar ‘game change’,"
katanya ketika mengetuai himpunan lebih 200 orang membantah Rang
Undang-undang (RUU) Himpunan Aman 2011 di KLCC semalam.
Seruan
itu dibuat sebagai tanda kecewa dan protes terhadap tindakan kerajaan
Umno BN yang telah meluluskan RUU itu pada persidangan Dewan Rakyat
minggu lalu.
Katanya, tindakan yang cuba menghalang hak rakyat
itu tidak wajar dibiarkan dan rakyat perlu membuat perubahan dengan
merubah kerajaan yang ada.
“Kalau ini dibiarkan, masyarakat akan
jadi masyarakat yang takut, tidak berani bagi fikiran, dan terus di
bawah jajahan," katanya.
Najib dalam ucapannya di perhimpunan
parti itu sebelum ini memberi peringatan kepada seluruh anggotanya agar
besedia menghadapi perubahan permainan politik (game changer) jika mahu
terus releven untuk PRU-13.
Peringatan itu dilihat sebagai satu
kebimbangan Umno berdepan segala perubahan khususnya di kalangan anak
muda yang sekarang ini boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai.
kita mengharapkan agar 2 juta pengundi muda turun kegelanggang untuk mempastikan umno/bn tersungkur dalam PRU 13 ini. Kalau Pak Samad yang berusia 76 tahun sanggup berjuang untuk menjatuhkan regim zalim yang berkiblatkan kepada Yahudi melalui apco world wide, kenapa orang muda tidak boleh? anda semua mampu melakukannya. Jangan dibiarkan parti racist yang membesarkan tembolok sendiri (keluarga dan kroni) terus berkuasa.
BalasPadam