Isnin, 5 Disember 2011

Sambutan hebat ceramah perdana PR di Shah Alam Umno bertambah pening

Setelah berlabuhnya persidangan agung Umno yang penuh dengan kutukan kepada parti-parti Pakatan Rakyat dengan harapan orang Melayu khususnya tolak Pas, PKR dan Dap nampaknya tidak menjadi.Semalam ceramah PR di perkarangan Stadium Malawati dibanjiri ribuan rakyat tanpa kira kaum dan agama untuk memberi sokongan padu kepada PR khususnya di Selangor.

Hujan yang turun dengan lebat sejak 7 petang hingga 9 malam tidak menghalang orangramai daripada terus datang dengar penjelasan pemimpin PR hingga 8000 kerusi yang disediakan di bawah khemah tidak cukup malah ribuan lagi yang berdiri dan berpayung di luar khemah.Ceramah pemimpin PR dibarisi pemimpin utama mereka Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz,Lim Kit Siang, A.Samad Said dan turut berucap ialah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berkata, "Saya hanyalah pengurus, rakyat adalah towkey.Jika pengurus tidak bagus towkey boleh tukar."Kata Presiden Pas dalam ucapannya ,"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS."Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih,"

Anak muda, pertengahan umur dan tua yang hadir menggambarkan bahawa mereka tidak sanggup melihat negeri Selangor diambil alih semula oleh Umno.

Umno yang guna semua saluran media arus perdana buat siaran langsung persidangan Umno malah tv berbayar turut jadi pak yet Umno cuba menghasut rakyat terutamanya orang Melayu benci PR nampaknya tidak menjadi!Makin Umno kutuk PR makin dapat sambutan.Jika PR turut dapat guna media perdana buat siaran langsung sudah lama Umno berkubur.Ruang demokrasi di negara ini hanya untuk Umno bukan untuk lain-lain parti politik.Rakyat  bangkit bila ditekan.Ini terbukti seperti yang berlaku di negara Arab dan Afrika ketika ini.

Bersatulah orang Melayu melawan Umno.Tumbangkan regim Umno-BN dalam pru 13 akan datang demi Malaysia yang lebih aman dan makmur.Buangkan ketaksuban anda terhadap Umno yang kata tanpa Umno Melayu tidak ada apa-apa.

2 ulasan:

  1. tiada jalan lain selain menguburkan UMNO/BN dalam PRU13 nanti.Melayu tidak akan lemah tanpa UMNO sebaliknya UMNO lah yg merosakkan bangsa Melayu.Itu harus kita sedar.Momokan yg mengatakan Melayu akan hilang kuasa politik dan merempat hanyalah lagu lama UMNO.Sebenarnya Melayu UMNO lah yg akan meroyan apabila sudah tidak punya kuasa apa-apa.Kerakusan mereka selama ini merompak harta negara dan rakyat bakal dibalas oleh undi anak-anak muda yang ternyata sudah mual dan muak dgn gelagat pemimpin-pemimpin UMNO selama ini.Oleh itu , untuk sekian kalinya...beranilah wahai Melayu mengajar UMNO yg selama ini tersangat kurang ajar agar mereka merasai betapa tinggi dan rendahnya langit yg kita junjungi ini.

    BalasPadam
  2. UMNO terus hidup selamanya!!!

    BalasPadam