Berdentum dentam perwakilan Umno dalam persidangan Umno yang dikira kali terakhir diera Umno berkuasa selama 54 tahun di Putrajaya.Ramai ahli politik dan para penganalisis politik meramalkan Umno akan tumbang di Putrajaya.Saya berdoa-doa sungguh-sungguh supaya Umno hilang kuasa di Putrajaya.Saya nak tengok keangkuhan mereka bila hilang kuasa di Putrajaya.
Dalam persidangan Umno kali ini cipta sejarah bila Ketua Wanita Umno Shahrizat mau selak kain untuk pertahankan bahawa dirinya anak beranaknya tidak terlibat dalam projek bela lembu NFC yang rugi RM250 juta.Seorang perwakilan Umno daripada Pahang berkata pemimpin atasan Umno kerja buat taik kami yang di bawah ni puas bersilat dan berkuntau lidah nak cover line pemimpin atasan.Habis satu kes timbul lagi satu kes dan yang terkini skandal NFC.
Pesta maki hamun DAP, maki hamun Pas dan parti lawan menguasai seluruh persidangan Umno.Parti lawan, pemimpin Pas dan DAP dikambing hitamkan untuk tutup segala kelemahan parti Umno yang dah busuk hingga ke ususnya.(Tun Madey kata).Isu kapirkan Umno ditimbulkan perwakilan Umno Kedah dengan mengecam Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz yang menghalang kerjasama Pas -Umno.Awat Umno suka sangat dikapirkan.Nak minta simpati siapa?
Semua perwakilan akan bertepuk setiap kali wakil yang bercakap kutuk dan tibai parti pembangkang.Mungkin dalam fikiran mereka berkata "Nah...tengok-tengok semua orang tepuk tangan bila aku berucap hebatnya akuuuu" ha ha.Mereka tak sedar rakyat di luar sana memerhatikan gelagat Umno yang dah nak habis umur.Kutuk Dap, kutuk Pas, kutuk PKR apa Umno dapat?Orang Cina jadi simpati kepada Dap, kutuk Nik Aziz orang Kelantan bertambah benci dengan Umno.Sejak Umno kalah di Kelantan Umno masih amalkan ajaran bodoh untuk tawan Kelantan dengan kutuk dan hina MB Kelantan.Teruskan kutuk dan hina bangsa sendiri yang lawan Umno , teruskan kutuk Cina tak sokong BN hinggga pru 13 dengan cara ini Umno akan hilang Putrajaya!
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kata dekati rakyat walaupun di kedai kopi.Khairy...nak habaq bagi pergilah kedai kopi Melayu atau Cina dan India semua pakat bercakap pasal Umno.Semua pakat bercakap lembu duduk dalam kondo RM9.8 juta.Masuk ke masjid juga bercakap pasal Umno.Pakat dok bincang awat la Ketua Wanita Umno sanggup nak selak kain untuk pertahankan keluarganya.Ada yang kata "kenapa nak selak kain ?Kalau tak betul saman la.Sapa nak tengok dah jadi macam roti jala.uban berkepoi-kepoi."
Seorang pegawai bank kata beliau ikuti persidangan Umno untuk melihat gelagat pemimpin Umno Akhirnya beliau kata ,"Persidangan Umno ni paling tak ada standard, tak class amat memalukan orang Melayu."
Dalam persidangan Umno selepas puas kutuk parti lawan maka perwakilan pun minta kepada Najib supaya semua jawatan penting syarikat GLC diberikan kepada orang Umno.Lihat..apa jadi dengan MAS yang ditelan AirAsia, TNB rugi dan banyak lagi syarikat GLC lingkup 'Kalau yang bukan Umno dan tak dak parti pegang GLC pun rugi tambah la bagi kat pemimpin Umno lagi teruk jadinya.Sebagai contoh RM250 juta yang diberikan kepada keluarga Ketua Wanita Umno untuk bela lembu tinggal kandang dikerjakannya.Bela lembu rugi tapi dapat beli kondo mewah, kereta mewah duit rakyat.
"Senyum
punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain
lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami
takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?"
Tepuk makcik tepuk, tepuk ramai-ramai
Gelak-makcik gelak, gelak ramai-ramai
Selak Sharizat selak, selak ramai-ramai
Buka Sharizat buka, buka ramai-ramai
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Lalu jawab poko angin yang goncang
Tanya sama Sharizat apa sebab berang
Lalu jawab Sharizat Datut T nak buat wayang
kesian kat umno kerana dah nak hampir mati/nazak. lebih kesian kerana menyalahkan orang lain atas dosa-dosa yang dah mereka lakukan. sepatutnya dah nak mati atau sakit tu buatlah cara orang sakit supaya orang simpati. tapi masih sombong dan tak sedar diri yang dia tengah sakit dan hampir mati. akhir kata bukan nak kesian kat umno tapi bila tengok perangai, hati pun doa cepatlah mampus umno ni!
BalasPadam