Rabu, 14 Disember 2011

Nasib Ling Liong Sik dan Anwar Berbeza?

Liong Sik perlu dibebaskan-Peguam


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kegagalan memanggil dua bekas Perdana Menteri serta ahli Kabinet yang lain berhubung pembelian tanah seluas 335.8 hektar bagi Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), boleh mengundang andaian yang memudaratkan dalam kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri menurut peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik, merupakan dua saksi penting.

Namun, pihak pendakwaan tidak memanggil mereka sebagai saksi sebaliknya hanya menawarkan kepada pihak pembelaan ketika menutup kes mereka pada 17 November lalu.
Malahan, Kian Kheong ketika berhujah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, pihak pendakwaan sepatutnya memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai saksi.
Selain itu, peguam tersebut berpendapat, 20 lagi saksi tidak termasuk Liong Sik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, perlu memberikan keterangan dalam perbicaraan itu.

Katanya, terdapat seramai 27 ahli Kabinet yang hadir ketika mesyuarat pada 27 Jun 2007.
"Andaian memudaratkan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan boleh dibuat terhadap pihak pendakwaan kerana kegagalan memanggil mereka sebagai saksi," tegas Kian Kheong.
Peguam tersebut turut menyatakan, berdasarkan Perintah dan Fungsi Menteri 2003, Liong Sik tidak menjalankan kuasa dan kewajipan sebagai Menteri Pengangkutan ketika Kabinet membuat keputusan pada 6 November 2002.
Andai kata keputusan kabinet itu telah didorong oleh penyembunyian atau penipuan yang didakwa, Kian Kheong menegaskan, kesalahan membabitkan penipuan tetap tidak pernah berlaku.
Ini kerana, ujar peguam itu, Kabinet telah memberi kelulusan berhubung peningkatan jumlah kos projek PKFZ daripada RM1,088,456,000 kepada RM4,632,732,000 semasa mesyuarat Kabinet pada 27 Jun 2007.
Dalam hujahan bertulis setebal 137 muka surat itu, Kian Kheong menyatakan, anak guamnya tidak berniat langsung untuk menipu Kabinet mahupun Kerajaan Malaysia.-Utusan

Kenapa pihak pendakwaan tidak berani panggil saksi penting Tun Madey dan Pak Lah?Kes PKFZ libatkan wang RM13 bilion bukan RM13 juta, bukan Rm13 ribu .Mereka berdua saksi utama kes skandal PKFZ.Semuanya akan terlepas.Keputusan yang sudah diduga akan berlaku terhadap Liong Sik.

Jerung-jerung besar di negara ini buatlah menatang apa pun, hatta bunuh orang sekalipun mereka akhirnya akan bebas lepas.Ini berbeza dengan rakyat biasa belum apa-apa lagi sudah mati dalam siasatan.Tak sedar-sedar lagi kata kroni diselamatkan , ikan bilis mati jatuh bangunan!

Kenapa Najib-Rosmah takut jadi saksi kes liwat Anwar Ibrahim?Mereka diberi pilihan untuk tidak beri keterangan sedangkan Saiful berjumpa Najib-Rosmah sebelum buat laporan polis.
Berkaitan;
;Skandal PKFZ: Ling hanya 'kambing hitam', kata peguam-Malaysiakini
Anwar ramal pru 13 sejurus selepas kes liwatnya selesai-M'insider
Kronologi:'Cap jari PM ada di mana-mana dalam kes ini'-Peguam-Keadilandaily

2 ulasan:

  1. dahlah mamak mahathir perbodohakan melayu sekarang umporno najib najis pula perbodohkan umat islam dan melayu kalaulah orng india dan cina sangat prihatin pada pas dan keadilan serta menyokong pas sebulat suara skrng apa jadi pada melayu dan umat islam amnya berdiam diri seorang insan ALLAH yang tak salah difitnah secara berterusan . APA SUDAH JADI PADA MELAYU adatak kita sangup lihat kezaliman yang di buat oleh kerajaan BN kepada saudara kita . WAHAI MELAYU BANGKITLAH DEMI ALLAH SAYA MEMBUAT SERUAN PADA SAUDARA SEMUA>

    BalasPadam
  2. YA ALLAH SELAMATKANLAH INSAN YANG BERNAMA YB DATUK SRI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT YANG DITINDAS SEBEGINI RUPA. YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA SYAITAN YANG DIGELAR UMNO.

    BalasPadam