Khamis, 8 Disember 2011

Umno belajar ilmu apa Pas dok halau tak lari-lari?

Utusan terus jadi batu api -Harakahdaily


Akhbar Umno, Utusan Malaysia didakwa terus cuba menjadi batu api untuk memecah belahkan PAS dengan melaga-lagakan antara kepimpinan parti Islam itu.
(Tulisan Zaini dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia)

Terbaru, akhbar bahasa Melayu itu sekali lagi memainkan isu kerjasama PAS dan Umno yang telah dikuburkan PAS sebelum ini.

Malah tulisan editor kanan akhbar milik Umno itu, Datuk Zaini Hassan cuba menjadikan pemimpin PAS Selangor pula sebagai kambing hitam.

Sambil menyelar tindakan Utusan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor berkata, Zaini seolah-olah kekeringan idea sehingga cuba memainkan api permusuhan antara pemimpin PAS agar mereka bertelagah dan berprasangka buruk antara satu sama lain.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, bahawa PAS tidak sudi ‘berkahwin’ dengan UMNO yang hanya tahu memperalatkan Islam demi survival politik mereka.

"Umat Islam masih menyimpan kemarahan ekoran keceluparan Presiden MCA yang mempertikai hukum Islam dalam Forum Hudud yang baru dilangsungkan beberapa hari lalu di Wisma MCA, malah wakil Umno turut sama mempertikai hukum Islam dengan pelbagai persepsi yang negatif terhadap hukum Islam itu," katanya.

Selain itu, rakyat pula masih tidak boleh melupakan bagaimana tindakan rakus pemimpin Umno BN meluluskan Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun, Akta Pekerja yang menindas golongan pekerja dan Akta Perbadanan Kampung Baru yang meminggirkan nasib orang Melayu di Kuala Lumpur.

"Bagaimana dalam keadan begini, Umno masih mahu berbaik dengan PAS. Tangan kanan mahu berjabat, tangan kiri pula menikam perut," soalnya.

Mengulas lanjut, beliau juga membangkitkan sikap pemimpin Umno ketika Perhimpunan Agung parti itu yang dijadikan medan menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sesuka hati.

"Seolah-olah PAS dan Pakatan Rakyat adalah parti yang penuh noda dan dosa yang perlu dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Dalam keadaan demikian, mahu disuruh PAS berbaik dengan Umno pula," soalnya lagi.

Sementara itu beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat melakar perubahan bersama dengan rakyat Malaysia dalam PRU ke 13.

"Usah lagi bermimpi untuk ‘berkahwin’ dengan PAS, kerana PAS tidak ingin bersahabat dengan Umno yang semakin tenat dimamah usia," tegasnya.-Harakahdaily

Impian Umno nak berUG dengan Pas ni tak pernah padam tambah-tambah bila ada seketul dua yang suka sangat nak berUG dengan Umno.Ini macam kisah cantas batang pisang.Hari ni cantas besok pucuknya tumbuh satu inci.Cantas lagi lusa tumbuh lagi satu inci.Cantas lagi tulat tumbuh lagi satu inci.Senang citer korek sekali dengan perdunya humbang dalam longkang.Ha Ha.

Kisah berUG ni tak akan habis sebagai modal untuk umpan kot-kot ada yang tertarik dengan tawaran Umno.Tukang UG ni berkeliaran dalam kedua-dua pihak tapi sekarang main cara halus bak kata orang pijak semut pun tak mati, macam kucing jalan atas tikar mengkuang taraaak bunyi!

Umno terus pasang angan-angan nak berUG dengan Pas walaupun kutuk dan maki hamun Pas dalam persidangan Umno kata Pas kuda Dap! Gila memang gila dah kutuk, maki hamun puas-puas lepas tu ajak tidur sebantal ha ha. Bila timbul isu UG akan ada pihak Pas yang patah-patahkan tiang UG ini.

Sebenarnya UG ni dah mampoih bila Mat Sabu jadi Timbalan Presiden Pas.Sebab tu Umno serang Haji Muhammad Sabu kata sokong Mat Indera Komunis supaya orang Pas termakan hasutan Umno.Tapi tak menjadi lalu Umno kata 7000 orang Pas keluar Pas kerana Haji Muhammad Sabu ha ha.Kalau kira orang Pas keluar parti seperti yang didakwa Umno , Pas dah lama tak wujud tapi hingga kini Pas terus berkuasa di Kelantan malah di Kedah kerajaan PR diketuai Pas , MB pun orang Pas.


Kata orang, kita kalau nak halau hantu syaitan tapi tak belajar dengan cara yang betul bacalah seratus kali pun hantu syaitan tak lari tapi kalau belajar dan kena dengan caranya sekali baca saja hantu syaitan terus lari.Umno belajar ilmu apa Pas dok halau tak lari-lari? Ha Ha.

Kepada talibarut UG yang jadi api dalam sekam ingatlah anda tak akan dihalau keluar Pas macam Zul Nordin tapi anda akan mati beragan.Reput sendiri.Anda mungkin gila pangkat dan darjat tapi berapa hari sangat dapat bertahan?Paling lama pun umur 60-70 anda sudah diambil malaikat maut.Anda mati anda tidak akan dianggap sebagai pejuang tapi jadi pencacai tua pengangkat najis Umno!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan