Khamis, 1 Disember 2011

'Lembu dalam kondo', polis kata tiada unsur pecah amanah

Beli kondo RM9.8 juta tiada unsur pecah amanah
Keluarga Sharizat buat Umrah duit lembu tiada unsur pecah amanah
Beli sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.duit lembu tiada pecah amanah
Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) – syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.Tiada pecah amanah.

NFC:Tiada bukti wujud unsur pecah amanah , kata polis-M'insider

Siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar  berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek itu termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan,” kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh, dipetik Star Online hari ini.
Polis memulakan siasatan selepas aduan berkenaan dipindahkan kepada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua minggu lalu.

Polis cuba bersihkan nama Sharizat-Jingga 13-Keadilandaily.com

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC). Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.
“Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .
“Sia-sia saja segala pendedahan yang dibuat kerana dalam negara buatlah apa saja, tapi tidak akan dianggap jenayah kalau semuanya dari pimpinan dan Menteri BN,” kata Fariz yang juga Pengerusi NGO, Jingga 13.
The Sun melaporkan Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata bahawa siasatan awal polis terhadap projek lembu (NFC) menunjukkan tiada bukti berlakunya jenayah pecah amanah (CBT).
Pagi tadi pula Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.-KeadilanDaily.com

Tiada yang terkejut dengan kenyataan pihak polis.Malah sudah dijangka jika tidak diberitahu. Ingat lagi dengan kes kematian arwah Sarbaini dan Teoh Beng Hock yang mati ketika disiasat SPRM.Mereka dikabarkan bukan bunuh diri, dibunuh dan terbunuh.Mereka mati terkejut!

1 ulasan:

  1. Just 1 very nice word for you khalid...

    "YOUR MOTHER FUCKER"

    BalasPadam