Ahad, 7 Jun 2009

"Taatlah Kepadaku Sekiranya Aku Taat Kepada Allah Dan Rasul"

Muktamar Pas sudah pun selesai.Kata Presiden Pas dalam ucapan penggulungan beliau, sekadar beberapa sedutan yang aku ingat saja antaranya Tok Guru Presiden berkata "Taatlah kepada ku sekiranya aku taat kepada Allah dan Rasul. Jangan taat kepadaku sekiranya aku tidak taat kepada Allah dan Rasul". Beliau memetik kata2 Khalifah Abu Bakar sewaktu diangkat jadi Khalifah. Kata Tok Guru lagi dalam muktamar kali ini "ada yang manis ada yang pahit dan ada yang tawar".Sedutan seterusnya "ahli Pas yang jadi ahli Pas , sebaik saja selesai isi borang Pas secara automatik kena bagi wala' kepada pimpinan yang dipilih memimpin parti Pas. Satu ucapan penggulungan yang penuh dengan bermacam nasihat dan diperhalusi oleh semua anggota jemaah Islam ini."Yang manis kalau banyak ditelan akan kena kencing manis, yang pahit pula kalau banyak dimakan akan jadi sembelit, yang tawar pula kalau diminum akan mengenyangkan", kata Tok Guru. Memang betul dan tepat apa yang diperkatakan Presiden, tapi apakah wala' wajib diberikan kepada pemimpin yang bercekengrama dan berkhalwat dengan umno secara tidak sah dan tanpa pengetahuan ahli dan penyokong Pas?Pemimpin yang cuba ambil kesempatan mungkin kerana terpengaruh dengan habuan dunia yang berlonggok depan mata sewajibnya tidak ditaati malah mesti ditunjukkan jalan keluar buat mereka supaya jadi pengajaran yang berguna kepada pimpinan yang lain.Memang diyakini dan dipercayai memang ada orang yang tak puas hati atas kemenangan Timbalan Presiden disebabkan adanya unsur2 cubaan berpakat dengan umno.Keputusan telah dibuat oleh perwakilan kita kena terima, mereka yang mewakili Pas kawasan diseluruh Malaysia yang berhak mengundi telah memilih Nasarudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden.Rasa tidak puas hati itu jika tidak diperbetulkan, malah diyakinkan bahawa tidak akan ada lagi pakatan dengan Umno akan menjadi barah malah boleh terjadinya kencing manis yang kritikal sehingga paras pinggang kena potong takut merebak kebahagian yang lebih atas! Presiden juga merasa kesal kerana media massa yang diberi ruang untuk buat liputan tanpa sebarang sekatan memutar belitkan kenyataan dalam media mereka kerana ada tangan2 lain dibelakang media massa tersebut. Siapakah tangan2 itu? Ahli Pas sewajibnya merasa bimbang dengan tindak tanduk pimpinan yang nak bersekongkol dengan umno. Parti manakah yang menuduh Pas parti ajaran sesat,pengganas, penderhaka kalau bukan Umno?Parti manakah yang bunuh ulama Pas, tikam hingga mati ahli Pas, bersekongkol dengan pihak berkuasa tembak penyokong Pas kalau bukan Umno. Memang patut dan amat patut pun ahli Pas jadi marah bilamana ada ura2 pemimpin pas nak membangun bersama UMNO! Ahli Pas dan penyokong tegar Pas tak akan lupa sejarah hitam yang banyak meragut nyawa, kena tahan ISA dan dipenjarakan tanpa bukti yang kukuh, sedap2 mereka yang diatas nak berpeluk2 dengan Umno. Selamat pulang wahai semua perwakilan, jagalah keselamatan anda dijalanraya, ingatlah orang yang tersayang. Membangun Bersama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan