Isnin, 29 Jun 2009

Mufti Perak VS Murshidul Am Pas

Mufti Perak yang kecewa kerana terbantutnya isu kerajaan perpaduan Pas -umno demi martabatkan perpaduan Melayu-Islam terus bersuara mengenai pelawaan debat oleh Murshidul Am Pas, TGNA. Kata beliau muzakarah lebih berfaedah daripada debat. Sekarang ini Mufti Perak mengekori rapat setiap hujah TGNA mengenai Umno. Beliau seolah-olah menjadi jurucakap Umno bagi benda yang ada kaitan dengan politik Umno, bukan lagi bertindak sebagai Mufti Perak sepenuh masa. Apatah lagi sikap beliau itu dibela dan ditatang oleh MB Perak, Zambry yang berada macam telur di hujung tanduk itu. Zambry bersama Mufti nya bersama-sama menyanggah setiap kenyataan TGNA. Setapak Mufti Perak , setapak juga Zambry buat kenyataan tentang TGNA. Mereka bersatu hati nampaknya menyerang TGNA.

TGNA ketika mengulas kekecewaan Mufti Perak kerana kerajaan perpaduan Pas-UMNO tak jadi berkata-" Berapa harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak? Dalam keadaan Pas masuk Perikatan dulu, dengan dijemput pun akhirnya Pas ditendang keluar. Inikan pula kita yang cuba sorong-sorongkan kepala". Adakah muzakarah dan debat berbeza? Kalau muzakarah mesti antara Pas dan Umno. Kalau debat pun mesti antara Pas dan Umno. Pokok pangkalnya titik penyelesaiannya mesti bersandar kepada hujah Quran dan Hadis walaupun atas nama muzakarah atau debat.Muzakarah itu agak lembut sebutannya manakala debat itu agak keras sebutannya.Dulu Umno sesama ulama Umno ada buat muzakarah atau debat olok-olok sebelum jumpa ulama Pas, tapi dalam muzakarah sesama pelakon Umno itu yang berlakon watak ulama Pas telah menang, jadi dibatalkan muzakarah yang sebenar antara Umno dan Pas.

Lebih baik Mufti Perak gunakan masa yang terluang ini sementara masih jadi mufti untuk betulkan fahaman umno terhadap Islam yang menganggap agama dan politik kena pisahkan tak boleh campur aduk.Tukarkan faham Melayu itu kepada perjuangan Islam. Sekularisme jadi Islam. Islam untuk semua bukan untuk Melayu sahaja.



2 ulasan:

  1. Woit Misaimerah, debat ka muzakarah takda hal perkara kecik. Perkara besar Ust Nasah telah di bakul sampahkan oleh TGNA. Hang pun satu, dok layan mufti HaruSana HaruSini. Mufti ni la jugak yg sokong penuh cadangan kerajan umnoBn hadiah tokoh Maal Hijrah SATU JUTA RINGGIT. Kah ! Kah ! Kah !

    BalasPadam
  2. Selagi UMNO tu tak di telan bumi atau di telan lautan maka tetap wajib PAS berterusan berdakwah kepada mereka. Satu agama dan satu bangsa lagi. Cina kerana babi pun boleh bersatu.

    Patut la nabi Muhammad tu tak diturunkan dikalangan orang Melayu....kalau nak diikutkan sedih dan kecewa nabi Muhammad dilayan dan dihalau org Mekah..sampai nak dibunuh...mau dia tak Islam kan satu Mekah lepas dah menang. Pi mampus lah kau orang Jahilliyyah....agaknya kata nabi Muhammad.

    Kalau betul ulamak tu pewaris nabi...maka jadilah pendamai....jadilah penyatu....pandang PRU20 bkn setakat PRU13. Demand demi Islam sementara UMNO masih lemah sebagaimana org Cina dok demand skrg sementara UMNO masih lemah. Memang Melayu tak pandai berpolitik. Bodohhhhhhhhh.

    BalasPadam