Isnin, 22 Jun 2009

Mat Sabu Terima Jawatan AJK Pas Pusat Tolak Gelaran Datuk

Mat Sabu bekas Naib Presiden Pas menyatakan bahawa beliau menerima jawatan AJK Pas Pusat walaupun timbul desas desus mengatakan beliau tolak jawatan lantikan tersebut. "Rakan sejawat" beliau yang bertanding jawatan TP, Husam Musa dijangka ambil langkah yang sama terima jawatan tersebut. Sebelumnya Mat Sabu beritahu beliau telah dipelawa untuk mendapat gelaran datuk di negeri utara tanah air tetapi menolaknya. Tawaran datuk itu adalah kali kedua pada tahun ini.Ketika ditanya mengapa tidak buat ulasan tentang kerajaan Perpaduan , beliau berkata "Pas jika bersama Umno buat kerajaan perpaduan , Pas akan berpecah belah dan jika Pas tinggal pakatan rakyat Pas juga akan berpecah belah".

1 ulasan:

  1. Harap Bang Mat terimalah gelaran Datuk tu..kami pun tumpang seonok. Kami tahu Abang Mat tetap Abang Mat yang biasa biar pun sudah bergelar Datuk. Kami tak pikiaq Bang Mat akan lupa diri. Terima sahajalah Banag Mat oii!

    BalasPadam