Rabu, 24 Jun 2009

Nasa Tunggu Arahan Siapa Untuk Muncul Di Parlimen?

TP Pas yang kontroversi, Nasa masih belum muncul lagi hari ini di Parlimen. Beliau belum keluar lagi daripada persembunyian selepas berjumpa TGNA. Sampai bila Nasa mau bersembunyi atau tunggu arahan daripada orang2 tertentu untuk muncul di Parlimen? Apa agenda Nasa untuk tidak hadir kesidang Parlimen? Nasa kena ingat beliau dipilih ke Parlimen oleh pengundi yang pilih Pas untuk bertanggungjawab atas kawasan yang beliau wakili di Parlimen. Dulu pemimpin Pas begitu lantang kritik menteri BN yang ponteng sidang Parlimen tapi penyakit tidak hadir ke Parlimen itu telah berjangkit kepada Pas.
Berkata seorang yang ambil berat terhadap sidang parlimen, yang selalu ikuti persidangan Parlimen "Pas ni bukan parti kedai kopi dua beranak, suka buka, buka, suka tutup, tutup. "Nak datang parlimen ikut suka diri sendiri tanpa fikirkan kawasan yang beliau wakili"
Sekiranya Murshidul Am Pas boleh buat sidang akhbar jelaskan kekeliruan dan tarik balik apa yang beliau ucapkan, kenapa Nasa tidak buat sidang akhbar walaupun berasingan untuk nyatakan pendirian beliau atau komitmen beliau dengan Pas sekarang ini. Jangan cakap tertekan la , jiwa kacau la dan belum dapat kawal emosi dengan apa yang berlaku, kerana beliau adalah TP Pas dan ahli Parlimen Pas, mesti ada daya tahan diri yang kuat untuk jadi ahli politik.

2 ulasan:

  1. Woit! Hampa kenal ka siapa dia ni sebenarnya Nasa ni. Jika hampa nak tahu tanya Pa Li. Dia ni jurulatih nasa. Pa li ni jurulatih bukan pengurus pasukan. Yang nak kita cari siapakah pengurus pasukan ni. Kah ! Kah ! Kah !

    BalasPadam
  2. Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

    Kalau kita cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita check.....Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

    Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri....bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

    Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

    Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

    Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

    Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

    Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

    Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

    Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

    Wallahu A'lam

    Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

    Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

    Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

    Allahu Akbar, Allhu Akbar, Allahu Akba

    BalasPadam