Khamis, 15 Oktober 2009

Baru menang dua kali tapi macam menang tujuh kali

Tak nampakkah kita akan persidangan Umno yang menonjolkan imej merakyatkan orang Umno, pemimpin Umno, satu lakonan yang cukup hebat seolah-olah Umno yang ada sekarang di era PM Najib merupakan satu kelahiran baru, wajah baru imej baru. Bukannya Umno zaman Mahathir dan bukan juga Umno zaman Pak Lah.

Seandainyalah Umno kalah di prk Bagan Pinang aku rasa persidangan Umno yang sedang berlangsung akan penuh dengan tuduh menuduh sesama Umno, tapi oleh kerana menang besar , majoriti besar ( tu pun dengan undi askar jadi lagi besar) maka bertempiklah pemuda Umno dan pemimpin Umno dalam persidangan Umno bahawa sesungguhnya rakyat sudah kembali kepada Umno-BN.

Umno yang menang di Bagan Pinang seolah-olah sudah maksum daripada segala salah dan silap, Tu baru menang dua kali.Budaya samseng setiap kali pilihanraya seolah-olah hendak dilenyapkan saja daripada jadi bualan pemimpin Umno dan rakyat Malaysia. Pemimpin Umno hanya bercakap mengenai penerimaan rakyat dengan menjadikan keputusan di prk Bagan Pinang sebagai penyembuh segala duka Umno dalam pru-12 yang lalu.

Kata YB Mahfuz Omar secara berseloroh atau untuk penyedap hati sebab kalah :
" Kita lawan di tempat yang sudah biasa kita kalah, bila kalah kita tak rasa apa, tak jadi satu benda yang menghairankan."

Boleh dikatakan dalam persidangan Umno kali ini semua pemimpin Umno cakap nak jaga rakyat, untuk rakyat , kena contohi Saidina Umar Al-Khatab. Mungkin tema Satu Malaysia yang dibawa Najib menyebabkan persidangan Umno tonjol imej rakyat- "Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan"

Kepada yang mau percaya dengan gelagat pemimpin Umno dalam persidangan Umno percayalah, kepada yang tak mau percaya apa yang diucap oleh pemimpin Umno itu hak masing-masing , kita rakyat merdeka ada hati dan otak sendiri boleh fikir dan percaya dan boleh fikir dan tak percaya.
Berkaitan klik di bawah

1-'Pemimpin Umno jangan sombong'-malaysiakini
2-Najib: Melayu Akan Terus Dibantu-malaysiakini
3-Ambil Iktibar kisah Si Ibu Dan Anak
4-Kikis 'Umno Untuk Cari Makan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan