Rabu, 14 Oktober 2009

"Dalam Hati Tun Tahu Saya Akan Menang."- Isa

Semangat Isa Samad Adun baru Bagan Pinang berkobar-kobar untuk 'selamatkan' Umno-Bn di Negeri Sembilan setelah menang kerusi Dun Bagan Pinang.

Kata Isa beliau akan tawan semula Parlimen Teluk Kemang dan dun di bawah Parlimen Teluk Kemang iaitu Dun Port Dickson, Chuah dan Lukut yang semuanya milik Pakatan Rakyat sekarang ini.

Umno sekarang ini jadikan Bagan Pinang seolah-olah semangat baru untuk pulih Umno yang dianggap lemah dan tenat setelah kalah teruk dalam pru-12 yang lalu. Bagaimanapun harus diingat dengan undi pos yang mencecah 4604 undi adalah punca utama Umno menang besar di Bagan Pinang.

Pas dan Pakatan Rakyat juga kena ingat dulu 3 peti undi di Bagan Pinang Pas menang tapi sekarang Pas kalah semua di 8 peti undi di Bagan Pinang. Tak dak satu peti undi pun Pas menang untuk dijadikan penawar duka.

Kata Isa Samad bila Tun Mahathir tak turun bantu beliau untuk kempen di Bagan Pinang:

"Dalam hati Tun tahu saya akan menang."- bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan