Isnin, 12 Oktober 2009

PRK Bagan Pinang : Apa Yang Tak Kena?

Keputusan PRk Bagan Pinang yang dimenangi Umno-Bn adalah kemenangan kedua sejak 9 kali pilihanraya kecil diadakan sejak Mac 2008 yang lalu. Kalau kira keputusan ialah 7 Pakatan Rakyat dan 2 Umno Bn.

Walaupun Bn baru 2 kali menang dalam prk yang diadakan iaitu di Batang aii dan Bagan Pinang, namun kekalahan Pas dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang menyebabkan Pas tersentak daripada tidur yang lena dibuai kemenangan di Bukit Gantang, Manek Urai , Permatang Pasir dan lain2 tempat, bukan terkejut kalah tapi terkejut kerana kalah dengan majoriti yang banyak kepada BN 5435 undi berbanding dalam pru-12 2008 hanya kalah dengan majoriti 2333 undi. Itu yang mengejutkan penyokong Pas dan Pakatan Rakyat.

Ada yang ingat Pas akan kalah dengan majoriti yang lebih rendah daripada tahun 2008 dan boleh dijadikan modal bahawa Umno-Bn dah semakin lemah , tapi apa yang terjadi sebaliknya dah terbalik! Kalah dengan majoriti lebih besar kepada Umno-Bn. Kata Dr Dzulkefly AJK Pas Pusat yang juga orang kuat Pas di Markaz Induk Jentera Pilihanraya Bagan Pinang, faktor di negeri2 yang di perintah Pakatan seperti isu arak di Selangor dan isu Kg buah Pala di Pulau Pinang ada kesan tersendiri pengaruhi orang bukan Melayu untuk kembali sokong BN di Bagan Pinang. Isu-isu kebajikan dah tak dijadikan kempen utama Pas tapi lebih kepada isu rasuah dan moral pemimpin Umno jadi keutamaan- Malaysiakini

Undi pos yang memihak BN memang dah dijangka, cerita -cerita yang kata askar diugut akan ditukarkan ke Sabah dan Sarawak jika undi Pas adakah benar? Umno yang bertempik dan sorak gembira di Bagan Pinang kerana dah menang, adakah akan dapat ulangi kejayaan jika ada lagi prk di tempat yang undi Pos nya 20-30 undi?Penggunaan samseng dan kaki pukul adalah salah satu cara untuk menang dalam pilihanraya oleh itu kerajaan Bn hendaklah 'meluluskannya' di parlimen supaya semua parti boleh upah samseng dan kaki pukul untuk 'menangkan' parti yang bertanding!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan