Jumaat, 23 Oktober 2009

"Nak Pecah, Pecah Gi Lah Apa Boleh Buat"-Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Nik Aziz bersuara lagi, sama ada apa yang dilaporkan Bernama itu betul atau tidak sama-samalah kita baca di sini Klik


"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan. �

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik. �

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas. �

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: �"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar. �-bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan