Ahad, 11 Oktober 2009

Tampar Mulut Kalau Kata 'Perang Uhud' Pun Kalah


Nampaknya Pas yang wakili Pakatan Rakyat telah tersungkur rebah di Bagan Pinang di tangan Isa Samad yang dituduh perasuah politik wang sepanjang kempen Pas dan Pakatan Rakyat di prk Bagan Pinang. Isu rasuah yang dibawa Pas tidak berjaya untuk jatuhkan Umno-Bn di Bagan Pinang, malah undi majoriti BN mendadak naik sehingga 5435 undi berbanding pru-12 , BN dapat majoriti 2333 undi.Apa puncanya Pas kalah, ini hanya sekadar analisis awal saja.

Bagan Pinang memang kubu BN, itu kita akui tapi kenapa majoriti Umno-Bn naik mendadak? Mungkin ada yang kata ini kerana pilihanraya kecil, biasalaa. Adakah Pas, pemimpin Pas di peringkat tertinggi parti bekerja kuat di Bagan Pinang? Adakah semua 30 orang pemimpin tertinggi parti turun berkempen di Bagan Pinang?

Kalau turun berkempen pula berapa hari saja mereka berada di sana? Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Mat Isa berapa hari ada di sana, AJK Pas pusat yang lain berapa hari macam Mat Sabu, dan lain-lain malas nak sebut nama. Adakah pemimpin Pas Pusat datang ke Bagan Pinang sebagai pelancong politik saja macam lain-lain orang ramai atau hanya setakat tunjuk muka lepas tu balik, ada ka macam tu?

Memang ada pemimpin Pas Pusat yang berkampung di Bagan Pinang seperti Ustaz Idris, Ketua Penerangan Pas Pusat, Bendahari Pas Pusat , Dr Hatta Ramli, Dr Zulkifli YB Kuala Selangor,
Salehhudin Ayub Naib Presiden Pas dan juga Mahfuz Omar, tapi yang lain2 pemimpin utama Pas pi mana?

Sebelum Pas salahkan orang lain Pas kena salahkan batang tubuh pemimpin Pas dulu kenapa majoriti Umno-Bn naik mendadak. Kalau setakat nak cari alasan kata Nabi perang pun ada kalah , ada menang Perang Uhud Nabi kalah Perang Badar Nabi menang, tampar mulut kalau kata macam tu.Jangan terlalu mudah cari alasan.

Memang prk tak boleh jadi ukuran untuk pru-13 akan datang tapi patut jadi iktibar dan berlapang dada sesama pemimpin Pas. Prk Ijok dulu Parti Keadilan kalah tapi pru-12 Parti Keadilan menang.

Ada banyak benda yang tak kena ni , Pemuda Pas kena belasah oleh samseng Umno, tidak ada tindak balas yang boleh ajar samseng Umno untuk tak berani main kotor dengan Pemuda Pas. Ada pemimpin Pas jemput Pemuda Umno ke jamuan Raya, lepas kenyang pemuda Pas kena belasah dan kena tetak dengan samseng Umno...

Di Selangor pemimpin Pas suka sangat cari publisiti murahan berkelahi dalam media sesama pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat, lepas tu pakat peluk cium, apa rakyat tak tengok ka semua ni?

1 ulasan:

  1. Woit, ISA tidak dpt di hapuskan kerana majoriti Ahli Parlimen Pas yg dok makan elaun MP dari Kerajaan UmnoBN tak berkampong di Bagan Pinang. Ramai dok tengok saja nak bagi calon Pas d sembelih mampuih sendiri. Cabok punya MP dan cabok punya Pemuda Pas. Setakat ceramah Mak Nyah belakang pejabat Agung Pas pun pandai ceramah. Yg hampa makan elaun MP tu patut kerja politik la jangan pulak buat harta.

    Ja'afar, Lorong Hj Taib,KL.

    BalasPadam