Isnin, 5 Oktober 2009

Ramalan Gempa Bumi Di Padang Dan Jambi Ada Dalam Al-Quran

Suara Media Islam Indonesia melaporkan seorang tokoh agama KH Noer Muhammad Iskandar SQ, Pengasuh Pondok Pasantren Asshididiqiyyah, Jakarta berkata kejadian gempa bumi yang melanda Padang dan Jambi ada disebut dalam al-Quran.

"Masyarakat harus meyakini kebesaran al-Quran, peristiwa gempa di Padang dan Jambi harus di jadikan pengajaran bagi pemimpin dan rakyat."-kata beliau

Sms juga beredar di merata tempat di Indonesia yang mengaitkan peristiwa gempa bumi di Padang dan Jambi sudah disebutkan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Israa dan Al-Anfaal.

Al-Israa ayat 16 Allah berfirman yang bermaksud-" Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Al-Israa ayat 58 Allah berfirman yang bermaksud- " Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakan sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

Begitu juga dengan apa yang terjadi di Jambi yang turut dilanda gempa bumi, sms yang sama turut dikaitkan dengan Al-Quran dalam surah Al-Anfaal ayat 52 Allah berfirman yang bermaksud- "(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya."

Wallah hu a'lam

5 ulasan:

  1. Salam,

    Waktu berlakunya gempa bumi dengan surah dan ayat yang tercatat di dalam Al-Quran adalah sama :
    * Itulah kuasa Allah; semua umat Islam secara menyeluruh perlu terus mengkaji Al-quran dengan memahami semua maksud yang tersurat dan tersirat oleh Allah s.w.t.
    * Semua yang berlaku di Padang dan Jambi adalah merupakan satu ujian ataupun balasan Allah:-
    - Sekiranya ia satu ujian : semua umat Islam perlu bersabar dengan ujian Allah ini.
    - Sekiranya satu balasan ; setiap umat Islam di seluruh dunia perlu bermuhasabah diri; telah terlalunya banyak perkara yang berlaku - banyak antaranya kita telah menghalalkan perkara yang haram; Sebagai seorang pemerhati dan pengkaji bebas - saya melihat perkara-perkara berikut berlaku di Indonesia : perkahwinan antara islam dan kristian telah dihalalkan; sepatutnya yang beragama islam perlu menarik saudara baru yg bukan beragama islam memeluk agama islam sebelum meneruskan perkahwinan. Banyak gejala-gejala sosial yang terang-terangan menyalahi hukum Allah, dan hanya dibiarkan begitu sahaja oleh ibu-bapa dan pihak-pihak yang tertentu dan sebagainya.Yang kaya terus kaya dan bermaharajalela dimamah dosa dan yang susah terus susah tanpa belas ihsan yang kaya.

    Salam
    Nur Arm

    BalasPadam
  2. Salam,

  3. Sila rujuk artikel ini juga untuk tanda kiamat gempa bumi.http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/10/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat_07.html

    BalasPadam
  4. Ass.wr.wb,
    Teringat saya pada sabda rasulallah yg berbunyi :
    Apabila sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang lagi miskin dan penggembala kambing bermegah-megahan dalam gedung besar.” (H.R. Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)
    InsyaAllah artinya : apabila wanita memegang kekuasaan dan engkau melihat orang-orang yg tidak mempunyai harga diri dan tidak mempunyai perasaan malu dan lagipula tidak berilmu dan para alim ulama pada bermegah-megahan hidup dengan kekayaan.

    Wass.wr.wb,
    Sayyid

    BalasPadam