Isnin, 19 Oktober 2009

Ibrahim Ali Jadi Kayu Hanyut

Adakah Ibrahim Ali akan diterima semula masuk Umno? Ibrahim Ali yang ada cita-cita untuk lompat semula kedalam Umno kerana terpikat dengan Satu Malaysia PM Najib ditolak oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

Setiausaha Pemuda Umno Kelantan , Bazlan Baharuddin menolak kemasukkan semula Brahim Ali ke dalam Umno kerana Brahim pernah menjadi 'duri dalam daging' kepada Umno. Beliau takut 'pisang berbuah dua kali' jika Brahim masuk semula kedalam Umno.

"Dia sanggup tentang BN , kerana tidak terpilih(dicalonkan), pilihanraya kecil lepas dia sekali lagi tentang calon BN menggunakan lambang Pas."-kata Bazlan-bernama

TGNA juga telah menyuruh Brahim Ali yang lupa asal-usul atas kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas atas sokongan orang Pas dan Pakatan rakyat supaya letak jawatan sebagai wakil rakyat Pasir Mas. Brahim Ali banyak menjadi 'api dalam sekam' kepada Pas dan orang Pas yang julang Brahim di Pasir Mas.

Kemana Brahim Ali mau pergi sekarang? Umno Kelantan tolak Brahim , Pas Kelantan pun dah tolak Brahim. Brahim Ali kesudahannya akan terjun ke dalam sungai jadi kayu buruk yang hanyut tanpa ada yang sudi mengambilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan