Jumaat, 30 Oktober 2009

Siasatan 'Abang- Adik'

Mensyuarat Khas Pas (Rabu) telah buat keputusan untuk menyiasat Pas Selangor yang dikatakan punca berlakunya ketidak sepakatan dalam pentadbiran Negeri Selangor dan juga hubungan yang dingin sesama pimpinan Pas. Ketua siasatan akan diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas.

Jika siasatan dilakukan di Selangor sudah tentulah libatkan Hasan Ali PJ Pas Selangor, bagaimana dengan Nasarudin Mat Isa adakah beliau tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin Parti? Nasharudin Timbalan Presiden Pas adalah orang yang bersama Hasan Ali buat sidang media dengan blogger-blogger 'campuran' dan dedahkan isu yang ada kaitan dengan dalaman Pas kepada orang luar parti secara tertutup. Lidah rasmi Pas Harakah tidak pula dijemput ,timbul persoalan apa agenda yang hendak dilakukan oleh mereka berdua. Pita rakaman dalam perjumpaan tersebut kononnya telah diserahkan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man untuk dijadikan bukti siasatan.

Bagaimana dengan bentuk siasatan yang hendak dilakukan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man? Marilah kita berdoa semoga Tuan Ibrahim diberi kekuatan untuk menyiasat secara telus dan tegas , tiada yang benar melainkan benar belaka. Buangkan sifat hubungan akrab 'forum perdana' dan siasatan secara 'abang adik' untuk elakkan persepsi yang lebih buruk dalam Pas.

Tambahan sila baca di sini Timbalan PJ Pas Selangor Mahu Siasatan Dipercepatkan Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan