Jumaat, 16 Oktober 2009

Pemuda Pas Nak Buat 'Bilik ' Apa?

Pemuda Umno akan membentuk 'bilik perang' Pemuda untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Di samping itu, katanya, pergerakan itu akan menukar strateginya dalam menghadapi pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, setelah mengalami beberapa pilihan raya kecil, pergerakan itu akan mengambil pendekatan 'menyerang' pembangkang.

"Kita tidak biarkan lagi Umno dicerca, cuba menabur fitnah tanpa mengira dosa.

"Lihat di Bagan Pinang, mereka mengisytiharkan jihad, tetapi ahli Umno berada di barisan hadapan untuk menjaga maruah parti," katanya ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC petang ini.-Berita di atas adalah petikan daripada malaysiakini.

Semasa pilihanraya prk Bagan Pinang yang lalu Markaz Pemuda Pas Pusat di Bagan Pinang telah diserang oleh sekumpulan pemuda BN dan menerpa masuk dan halau petugas Pemuda Pas Pusat keluar daripada Markzas Pas tersebut. Selepas itu tersebarlah SMS yang kononnya daripada Ketua Pemuda Pas Pusat yang buat panggilan jihad untuk membantu Pemuda Pas di Bagan Pinang yang kena serang. Umno pula tuduh Pas saja provokasi dan fitnah akan kebenaran serangan yang berlaku di Markaz Pemuda Pas itu. -harakahdaily 8 oktober 09 klik

Sekarang bila Khairy nak buat 'bilik perang' dan telah pun berperang di Bagan Pinang dan Khairy bangga dengan 'kemenangan' Pemuda Umno di Bagan Pinang terhadap Pemuda Pas. Apa pula tindakan Pemuda Pas selepas ini? Pemuda Pas nak buat 'bilik' apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan