Ahad, 25 Oktober 2009

Najib Puji Pro -Umno

Media pro Umno akan main peranan tambahan untuk tambah 'kilo' setiap kali timbul isu dalaman dalam saf kepimpian Pas berkaitan wujudnya percanggahan dan pertentangan dalam isu Kerajaan Perpaduan . Terkini dalam isu Muktamar Khas yang diminta Tok Guru Nik Aziz, Utusan Malaysia melaporkan 'Pas Berpecah Dua kata PM Najib. Klik Di Sini

"Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat UMNO sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain,” katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di sini. - Bernama

Kata Najib lagi satu pihak dalam Pas mahu bekerjasama dengan Umno sementara lagi satu pihak tentang kerjasama dengan Umno. Semasa timbul isu Kerajaan Perpaduan PM Najib sokong kerjasama Pas -Umno.

Naib Presiden Umno , Zahid Hamidi pula berkata doa Tok Guru Nik Aziz untuk Umno hancur sekarang telah berpatah terkena kepada parti Pas. baca di sini


"Nik Abdul Aziz selalu berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah, ini bererti doa tidak baik itu telah berbalik kepada mereka sendiri, Allah telah membalas apa yang beliau sebut dan minta serta ia terkena batang hidung sendiri, mudah-mudahan ia dimakbulkan Allah," katanya.-Utusan Malaysia Online

Di Shah Alam dengar kabar Lokman Adam, bekas orang kuat PKR dan Umno akan dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Shah Alam ramai orang Umno tak setuju.

1 ulasan:

  1. Tak lama lepas dibuang org2 yg dibenci...dgn selamba TGNA akan buat kenyataan...kesediaan utk duduk berbincang dgn UMNO......percaya la. Org lain nak duduk berbincang...dia cekmek terus...sbb bkn idea puak2 dia. itu jer....Plus nak cover perlantikan ank menantu dia dan juga kes tumbuk menumbuk....

    Org Palestin yg terseksa dibunuh hari2 pun sanggup duduk berbincang dgn org Yahudi...apa lah sgt dgn UMNO tu.

    BalasPadam