Isnin, 5 Oktober 2009

Hak Tentera Sebagai Pengundi Pos

Parti Pas bersama rakan-rakannya daripada lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat berusaha gigih untuk menang di PRK N.31 Bagan Pinang walaupun sedar peluang untuk menang agak sukar. Moga Allah merestui usaha gigih Pas yang tidak pernah mengenal erti penat malah terus berjuang untuk capai kemenangan.

Pas sedar undi pos menghantui peluang Pas untuk menang di Bagan Pinang. Undi pos sebanyak 4604 undi ( walaupun Pas dakwa jumlah sebenar kurang daripada itu) boleh gugat kemenagan Pas dan Pakatan Rakyat.

Askar atau tentera juga makhluk Allah yang biasa sama macam rakyat lain yang boleh mengundi cuma mereka dipisahkan oleh SPR , hanya boleh mengundi di kem-kem tentera saja.

Berikut adalah hak tentera sebagai pengundi Pos dalam mana -mana pilihanraya di Malaysia:

Dibenarkan seorang pengundi pos menyimpan sendiri kertas undi pos mereka dan di benarkan seorang pengundi pos menyerahkan sendiri kertas undi pos mereka beserta Borang 2 (Perakuan Pengenalan) kepada mana-mana Pengurus Pilihanraya di dalam kawasan tempat mengundi, pada hari Pilihanraya berlangsung sebelum jam 5 petang.
( Rujuk Peraturan 12&13 Akta Pilihanraya 1958, Peraturan Pilihanraya (Undi Pos) 1959 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan