Selasa, 27 Oktober 2009

Blogger Pas Pembohong?

Tuduhan anak Tok Guru Nik Aziz yang mengatakan orang Pas dan ahli Pas berani berbohong dalam blog merupakan satu tuduhan yang berat sebagai seorang yang berilmu dan anak seorang ulama . Mungkin kata -kata beliau itu disebabkan kebimbangan dengan apa yang disebut Tok guru dalam blognya iaitu beberapa kerat pemimpin Pas yang bermasalah. Hampir sama hujah beliau itu dengan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang yakin bukan Tok Guru yang tulis dalam blog beliau.

Kata Nik Abduh:


"Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.

"Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar,"
"Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia."-malaysiakini

Apakah blogger yang kutip daripada apa yang Tok Guru kata dalam blognya itu sebagai pembohong dan tukang fitnah? Apabila blogger2 memberi sokongan kepada Pas dalam pru-12 yang lalu dan sikit sebanyak memberi kesan yang buruk kepada Umno-Bn dipuji kerana bagi sumbangan untuk tumbangkan BN dalam pru-12 yang lalu.

"Nasib baik Pas tidak berkuasa kalau tidak tentu semua blogger yang bongkar kemunafikkan sesetengah pemimpin Pas yang bermasalah di ISA kan."kata seorang blogger kepadaku. Aku seperti juga orang lain yang bimbang akan apa yang Tok guru cakap itu dianggap salah lapor tapi Tok Guru sendiri kata tak akan tarik balik dan ngaku itu apa yang Tok Guru kata.

Kalau setakat nak cerita benda baik sedangkan ada masalah yang merbahaya kepada Pas hendak disembunyikan lebih baik duduk dalam masjid saja wirid 24 jam, jangan ambil tahu apa yang berlaku disekeliling. Pas nak lingkup ka, Pas nak mampuih ka, ada orang nak jual Pas ka jangan ambil tahu.

Tok Guru tak sayang pemimpin , Tok Guru sayang Pas sebab itu Tok Guru berani sebut nama. Bila Tok Guru sebut tentu ahli-ahli bawahan yang tidak buta dan tidak mudah kena tipu nak ambil tahu.

2 ulasan:

  1. Bengong kau ni MM...tak sedar2 jugak. Yang Nik Abduh maksudkan tu macam kau lah....apa lah bengap sgt otak kau. Byk mkn semut ke?

    BalasPadam
  2. Cuba kau renung2 balik ke semua artikel2 kau sebelum ini....banyak menyatukan dan menyabarkan umat Islam di Malaysia atau lebih seronok tengok umat Islam bertelagah? Then kau tahu lah bucket mana kau masuk nanti..........Nik Abduh mungkin berlapik but from me...what an arse hole MM!

    BalasPadam