Isnin, 5 Oktober 2009

Prk Bagan Pinang:"Nabi Muhammad Dengan Allah Boleh Bertukar Ke?

Salam semua...
Dalam kesibukkan kedua-dua pihak merayu undi antara Umno-Pas yang berlangsung di Bagan Pinang ini apa yang diceritakan oleh seorang petugas Pas yang mengiring Muslimat Pas yang merayu undi di Taman Bayu, Telok Kemang.

Petugas Pas lelaki itu yang ada bersama-sama Muslimat Pas dari Selangor dan Trengganu turut dengar apa yang diucapkan oleh seorang wanita yang dipercayai sebagai Umno tegar itu. Muslimat Pas berkata kepada wanita itu supaya buat perubahan dan tukar fikiran dengan mengundi calon Pas yang bersih daripada rasuah , Zulkefly Mohd Omar, kata wanita itu- "Kalau undi Pas pun bukan boleh tukar kerajaan ke?. Nabi Muhammad dengan Allah boleh tukar ke?"

Aku tanya petugas yang lelaki tu- "Hang jawab apa?" Kata petugas lelaki tu-" Buat apa nak jawab dan bertikam lidah dengan orang yang jahil macam tu?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan