Sabtu, 31 Oktober 2009

Pemuda GERAKAN Tak Bacul Macam Pemuda Umno

Walaupun ada usul daripada Perwakilan Pemuda Gerakan untuk keluar daripada Umno-BN ditolak oleh mensyuarat Pemuda Gerakan dalam persidangan Pemuda Parti Gerakan yang ke 22 ada usu-usul lain yang menampakkan mereka lebih cerdik dan tak bacul macam Pemuda Umno dalam parti komponen BN.

Pemuda Gerakan telah membuat usul supaya akta zalim ISA dihapuskan, meminda akta penerbitan dan mesin cetak serta meminta Kerajaan mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan untuk kurangkan beban rakyat.Sila baca di sini

Pemuda Umno kalau bab-bab bertumbuk dan berparang dalam pilihanraya memang mereka berani tapi kalau bab-bab nak jaga kebajikan rakyat, nak cari jalan nak kurangkan penderitaan rakyat mereka mundur kebelakang. Pemuda Umno juga agak berani kehadapan dalam menimbulkan ketegangan kaum seperti heret kepala lembu dan pijak kepala lembu depan SUK Selangor.

1 ulasan:

  1. Pemuda hangpa yg bengap macam ketua dia. Rugi pemuda hangpa dah lah kalah kena tumbok pula pecah muka. Bekas ketua hangpa tu berlakon nak hidup, sampai hangpa pun dok celah ketiak dia.

    BalasPadam