Jumaat, 9 Oktober 2009

Zul Yakin Pengundi Sokong

Jentera Pilihanraya Pas Di Bagan Pinang bekerja keras setiap hari untuk bagi penerangan kepada kepada semua pengundi di dun Bagan Pinang betapa jijiknya memilih perasuah dan penjolok wang iaitu Isa Samad sebagai adun Bagan Pinang yang baru.

Di bawah kelolaan Ketua Penerangan Pas Pusat,Ustaz Idris Ahmad Jentera Pilihanraya Pas dan Pakatan Rakyat telah mengeluarkan 'Warta Bagan Pinang ' setiap hari untuk bagi penerangan yang sebaik mungkin kenapa para pengundi mesti pilih calon Pas dan Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar yang bersih daripada sebarang rekod rasuah untuk jadi wakil mereka yang sah dalam dun Negeri Sembilan.

Sekarang terpulanglah kepada para pengundi untuk buat penilaian sebaik mungkin samaada pilih Zul atau Isa sebagai pilihan mereka. Calon Pas pula berkeyakinan agenda perubahan untuk semua kaum semakin hampir, menjelang hari pengundian prk dun Bagan Pinang 11 oktober, Ahad.

"Kita berdoa kepada Tuhan , semoga kejayaan ini dapat dicapai, bukan untuk saya sebagai calon peribadi , tapi mewakili semangat pakatan bersama semua (Dap dan PKR). Kita nak bawa agenda perubahan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum." -kata Zul -warta bagan pinang.

Naib Presiden Pas , Salehuddin Ayub pula berkata-" Rasuah menjadikan Isa digantung keahlian dalam Pemilihan Agung umno 2005 lepas.Takkan rakyat yang telah pun menyertai gelombang BERSIH dan gelombang mansuhkan ISA, boleh berdiam diri."

"Pencalonan Isa yang dikenali sebagai ikon rasuah oleh khalayak, seharusnya menggamit pengundi tempat memulakan gelombang ketiga menolak rasuah di peringkat nasional."- Salehuddin Ayob.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan