Selasa, 13 Oktober 2009

Isa Samad Naik Iswara, Shafie Afdal Naik 'Motor Kapcai'

Memang tak dinafikan salah satu faktor utama Pas dan Pakatan Rakyat kalah di prk Bagan Pinang adalah kerana pengaruh Isa Samad yang merupakan anak tempatan Bagan Pinang dan juga bekas Menteri Besar yang berkhidmat selama 22 tahun di Negeri Sembilan. Faktor jasa sudah tentu diambil kira oleh para pengundi di Bagan Pinang.

Tapi apa yang diceritakan oleh petugas Pas di UPU Ladang Antherton , Ladang Bradwall,Sua Betong dan Pekan Silliau iaitu kawasan estate lain pula ceritanya. Kawasan ini ramai pengundi India. Kata Petugas Pas itu pemimpin Umno, Shafie Afdal hanya naik motor 'kapcai' kempen dari rumah ke rumah untuk rayu undi di kawasan India. Isa Samad calon Umno di Bagan Pinang pula naik kereta Proton Saga Iswara untuk rayu undi supaya pengundi pangkah BN. Timbalan Presiden MIC Palanivel kempen dari rumah ke rumah hanya berjalan kaki tanpa pakai pakaian yang kemas.

Pemimpin Pas dan Pakatan rakyat pula macammana? Kata Petugas Pas tu lagi pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat datang dengan kereta mewah seperti Toyota Alphad, BMW 5 series, Toyota Fortuner dan Honda Elegance masuk dalam kawasan estate untuk rayu undi. Mereka orang India terkejut kereta mewah 'parking' depan rumah mereka. "Dah terbalik Kod!

Ini pula kata seorang ahli Kelab Penyokong Pas dari Shah Alam, Jayakumar:

"Rugi saja 14 hari duduk sana (kawasan ladang tu la) apa pun tak dapat (kalah). BN punya orang datang rayu undi bawa macam-macam peti ais , tv dan mesin basuh kasi sama penduduk estate."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan