Jumaat, 23 Oktober 2009

Adakah Tok Guru Bergurau?

Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am Pas yang minta buat Muktamar Khas untuk minta perwakilan pecat mana-mana pemimpin yang jadi masalah dalam parti mungkin menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli dan penyokong Pas di peringkat bawahan. Mereka mungkin terkeliru atau mereka jadi resah dan gelisah kerana takut lihat Pas hancur jadi mangsa politik Umno yang sentiasa mau lihat Pas bergolak untuk dijadikan modal politik mereka.

Mungkin ramai pemimpin Pas sekarang ini sedang mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang di sebut Tok Guru itu. Adakah pemimpin Pas yang lain bersetuju dengan pandangan Tok Guru supaya diadakan Muktamar Khas untuk 'buang duri yang berbisa' yang dikatakan wujud dalam Pas itu.

Keadaan semakin kusut dengan apa yang dicakap Tok Guru. Jalan keluar mesti ada, jika tidak sampai bila pun tak akan selesai. Kepada pemimpin-pemimpin Pas yang enak mimpi tidur satu kelambu dan sebantal dengan Umno tentu jadi 'cacing kepanasan'.


Adakah Tok Guru terlalu emosi, cuma sekadar lepaskan apa yang tersirat dalam hati, atau cuma Tok Guru bergurau dan akan tarik balik apa yang Tok Guru kata?Tak mungkin Tok Guru bergurau, mana mungkin pemimpin yang jadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musang berbulu ayam akan dibiarkan terus berada dalam Pas.



Selama ini dalam ceramah Pas , orang Pas akan bertempik Hancur Umno! Hidup Islam! Sekarang siapa yang akan hancur jika 'muka Pas hati Umno' ada dalam Pas buat kerja lingkupkan Pas dari dalam.






Lagi petikan Tok Guru:

"Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?


Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?"-TGNA

1 ulasan:

  1. kalau cara itu utk kebaikan penghuni rumah ni,elok lah.kalau tinggal dalam satu rumah asyik bermasaalah aje pun tak elok...jadi keluarlah dgn cara yg baik carilah rumah lain.janganlah pulak dirobohkan rumah tu....orang lain masih nak tinggal berteduh lagi dalam rumah ni.perjalanan masih panjang lagi.mana atap yg bocor eloklah ditampal atau diganti,lantai-lantai yg dah dimakan anai-anai kenalah tukar baru,begitu juga dgn tiangnya,..baru teguh (kukuh) rumah ni,walau ribut melanda insyaallah rumah ni akan tetap kukuh berdiri....

    BalasPadam