Khamis, 22 Oktober 2009

"Pas Kena Buat Mensyuarat Agung Luar Biasa "-TGNA


Tok Guru Nik Aziz dalam blognya melahirkan pandangan bahawa Pas kena buat EGM untuk buang sorang dua Pemimpin Pas yang bermasalah kepada Pas. Kalau MCA pun buat EGM dan Umno boleh buat Perhimpunan Khas kenapa Pas tidak boleh buat EGM untuk undi buang mana-mana pemimpin yang cenderung kepada Umno.

Ini antara petikan tulisan TGNA dalam blognya:

"Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas." Bacaan lanjut sila klik di sini

Tentu berderau darah dan jantung bergemuruh apa yang dikatakan TGNA tambah-tambah kepada yang makan cabai dan tentu terasa pedasnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan