Rabu, 21 Oktober 2009

Salahkah Pendapat Prof Aziz Bari?

Berikut adalah petikan tulisan Ustaz Idris Ahmad yang menjawab pandangan Prof Dr Aziz Bari yang mengulas kekalahan Pas dalam prk Bagan Pinang. Bacaan lanjut di sini

"Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihan raya maka akan dituduh pro Umno, otak tertutup, ulama tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran.

Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan umno kerana hendak berjaya dengan cepat.

Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti.

Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS. PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua PAS Datuk Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti."- Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat.

Prof Dr Aziz Bari banyak memberikan pendapat sebelum ini terutamanya berkaitan isu krisis Perak yang menyebelahi Pakatan Rakyat.

Selepas Muktamar Pas yang lalu di Stadium Malawati, Shah Alam telah timbul isu Muqabalah dalam Pas yang menyebabkan Pas terbelah dua satu sokong Muqabalah dan satu tentang Muqabalah dengan Umno. Projek Muqabalah ini bermula selepas pru-12 yang lalu pada Mac 2008. Sekarang Muqabalah dah tutup buku, tapi kalau ada pemimpin Pas yang buka buku guna lampu picit dengan Umno memang patut kena 'luku'.

Pas kena belajar terima teguran walaupun pahit untuk ditelan. Sekurang-kurangnya dapat sembuh luka yang bernanah di Bagan Pinang. Tak semua teguran itu dalam bentuk pujia-pujian yang tinggi menggunung.




2 ulasan:

  1. Bila EGM PAS? MCA sudah buat.

    BalasPadam
  2. masih ada lagi anai-anai dalam rumah ni kah?? susah sangatkah nak hapuskannya..?? anai-anai ni bahaya ,kalau tak dibuang,lama-lama boleh runtuh rumah ni...,nak buat apa simpan anai-anai walaupun cantik dilihat...rumahkan lebih penting,oleh itu teguhkan lah rumah ni,rumah ni bukan milik individu tertentu tapi milik semua (rakyat)....pikirkanlah mana yg lebih penting,buatlah keputusan dgn baik,ibarat tarik rambut dlm tepung,rambut tak putus,tepung tak selerak....

    BalasPadam