Jumaat, 9 Oktober 2009

Tetak Pemuda Pas: Apa Kata Pemuda Umno Sebelum Kejadian


Muhyidin Yasin Timbalan Presiden Umno , nafi Pemuda Umno bertindak samseng serang Markaz Pemuda Pas di Bagan Pinang dan tetak pemuda Pas walaupun kes serangan itu dah ada bukti.

Sinar harian 6 0kt 2009 (N5) mengiakan akan kebenaran apa yang terjadi pada 7-10- 09 itu. Ini apa yang diucapkan oleh anak Megat Junid iaitu Megat Firdouz Setiusaha Pemuda Kebangsaan Umno :
"Kami bersedia untuk bertindak balas lebih ganas jika polis gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Pemuda berkempen menjaga keselamatan, tetapi falsafah orang kata' kalau orang menjual, kami Pemuda tak segan dan tak silu untuk membelinya'

Sementara itu, Exco Pemuda Kebangsaan , Abdul Razak Abdul Rahman berkata , Pemuda yang sebelum ini dilatih ala komando akan lebih kental dan tegas bertindak jika pihak Pakatan Rakyat(PR) sekali lagi cuba mencetuskan suasana tidak baik semasa berkempen-petikan Sinar Harian-6-10-09. Siapa yang sebenarnya cetuskan pergaduhan dan provokasi?

'Kita sudah melatih satu unit ala tentera dan ala komando di mana melantik Pemuda selama ini dan kita cma bertahan. Namun saya rasa tidak perlu lagi untuk bertahan dan di tegaskan di sini, kalau pihak pembangkang cuba -cuba mengambil langkah kekerasan, Pemuda tidak teragak-agak bertindak." kata Abdul Razak.

Kenyataan yang berunsur mengugut dan cuba bermain kasar dan ganas oleh Pemuda Umno itu mesti disiasat pihak Polis demi keadilan semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan