Khamis, 1 Oktober 2009

Pakar Motivasi Atau PJ

Datuk dr Hasan Ali yang dulunya pakar motivasi sekarang memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco kerajaan Negeri Selangor.Kerja sebagai pakar motivasi yang handal selalunya akan memulihkan semangat para pelajar yang lemah dan tak berdisiplin untuk kembali bersemangat dalam meneruskan pelajarannya untuk kembali cemerlang.

Adakah kerja sebagai PJ Selangor dan sebagai seorang Exco sama dengan kerja sebagai pakar motivasi?Adakah Datuk Hasan Ali terbawa-bawa cara motivasi untuk mengeluarkan idea beliau hingga berlaku perbalahan sesama pemimpin Pakatan Rakyat dan sesama pemimpin Pas di Selangor? Aku tak kata Hasan Ali tu tak betul atau kerana aku tak sokong beliau.

Selalunya pakar motivasi akan sampaikan motivasi yang berbeza kepada orang yang berbeza , dalam politik pula kalau buat lagu tu tak dapat diterima oleh orang yang mendengarnya. Pagi cakap lain petang cakap lain, atau mungkin kerana terlupa apa yang telah diucapkannya.

Isu SELCAT telah menimbulkan 'ribut di luar cawan ' bukan dalam cawan lagi antara Hasan Ali dan Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam dan Teng Chang Kim, Pengerusi SELCAT yang juga Speaker Dun Selangor mengenai adakah wajar pegawai kerajaan negeri Selangor disiasat oleh SELCAT secara terbuka atau diadakan siasatan dalaman. Hasan Ali kononnya membela pegawai kerajaan negeri Selangor disiasat secara dalaman oleh SELCAT supaya maruah pegawai kerajaan negeri tidak tercemar. Kalau tak salah mengapa pegawai kerajaan negeri nak takut disiasat secara terbuka?Berani kerana benar takut kerana salah.

Lagi satu adakah pemimpin Pas di Selangor tidak boleh ditegur oleh pemimpin Pas yang lain jika berlaku rasa tidak puas hati dengan hujah yang dikeluarkan? Mengapa hendak dilakukan 'pembersihan' untuk matikan segala kritikan oleh pemimpin Pas yang lain? Adakah ini bukan cara Umno?

Adakah Pas Selangor termakan dengan kempen Umno yang mengatakan Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Keadilan dengan tujuan untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat di Selangor, lalu ada sebahagian orang Pas Pemimpin Pas mainkan isu Melayu-Islam. Bukankah syarat jadi ahli Pas itu Islam bukan Melayu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan