Sabtu, 17 Oktober 2009

Brahim Ali Nak Lompat Lagi

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan menyertai semula Umno jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti itu berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi nasib kaum Melayu dan Peribumi.

"Kalau Umno berubah dengan apa yang dituntut Presiden (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) dan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) itu berjaya diterjemahkan, mesti saya minat untuk bersama Umno, tapi bukan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Jumaat.

Ibrahim yang juga anggota Parlimen Bebas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengakui mempunyai dua sebab mengapa beliau kini lebih cenderung kepada Umno.

"Sebab pertama...peralihan pucuk pimpinan kepada Datuk Seri Najib manakala yang kedua sebab kesungguhan parti itu menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.-bernama klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan