Jumaat, 16 Oktober 2009

Jamuan Raya Pas Kawasan Kelana Jaya


YDP Kelana Jaya, Izham dan Setiausaha Pas Kawasan Kelana Jaya, Khairul bagi duit raya
Walaupun Syawal dah di penghujung jamuan raya masih diteruskan. Kawan-kawan minta tolong masukkan majlis raya jadi aku pun masuklah. Pas kawasan Kelana Jaya telah buat majlis sambutan Aidilfitri hari ini yang bermula jam 8.30 malam sampai jam 11 malam. Tengok pada majlis tu memang ramai la tak kurang daripada 2000 orang yang hadir.8 Khemah disedikan untuk tetamu menjamu selera. Semua makanan yang disediakan habis termasuk lah nasi Beriani Kambing yang popular dikalangan orang Pas.

Duit raya turut diberikan pada kanak-kanak yang hadir. Kedatangan orang ramai dari jauh dan dekat ke program Pas Kelana Jaya tu terubat la sikit akan hati yang duka lara kerana kekalahan Pas dengan majoriti yang besar kepada Umno di Bagan Pinang.Majlis jamuan raya tu diadakan di Padang Permainan, Blok 2 Desa Mentari , Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan