Sabtu, 10 Oktober 2009

Bagan Pinang: Tidak ada hadiah untuk pemimpin Umno

Dah 9 kali prk diadakan , maka setiap prk diadakan ada saja hadiah untuk mana -mana pemimpin Umno jika dapat memenangi mana -mana kerusi dun atau parlimen yang dipertandingkan. Contohnya dalam prk Manek Urai dan prk Permatang Pasir jika Umno menang ianya jadi hadiah buat PM Najib, jadi hadiah buat 1Malaysia idea Najib. Dalam prk Bagan Pinang tak disebut sebagai hadiah buat PM Najib atau mana-mana pemimpin atau hadiah buat idea 1Malaysia Najib. Kenapa ?

Kotor sangatkah jika Isa Samad yang terpalit dengan rasuah menang di Bagan Pinang nak disebut sebagai hadiah buat PM Najib? Mungkin pemimpin Umno dah jangka akan menang mudah di Bagan Pinang kerana undi pos 4604 undi lalu dah tak jadi kejutan untuk disebut sebagai hadiah buat PM Najib. Bagan Pinang pula tak disebut sebagai 'anak emas' macam di Manek Urai dan Permatang Pasir oleh Muhyidin Yasin , Timbalan Presiden Umno.

Apa pun tempoh berkempen dah tamat, para pengundi pula dah tahu apa yang mereka nak pangkah ,bulan atau dacing dah tersemat dihati masing-masing. Jika Umno menang, menanglah Si Perasuah jadi adun Bagan Pinang. Jika Umno kalah maka 'gempa' lah 1Malaysia dan 1Bagan Pinang dilanda politik baru kepandaian rakyat dalam memilih yang bersih sebagai calon wakil rakyat mereka. Selamat Mengundi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan