Khamis, 29 Oktober 2009

Kalau Ada Bukti Cincang Lama Dah!

Mensyuarat Khas Pas dah tamat tapi penyelesaian isu dalam Pas iaitu isu pro Umno atau Kerajaan Perpaduan adakah akan berbangkit lagi, itu yang jadi persoalan. Sekarang golongan Pas yang pertahankan 'Tiga Serangkai' dalam Pas yang menafikan mereka pro Umno atau sokong 'Tiga Serangkai' tu mungkin rasa lega kerana tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Butiran Mensyuarat secara tertutup itu tidak didedahkan kepada media yang ada cuma sidang akhbar menafikan ada pemimpin Pas terlibat dengan pro Umno atau Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan dah tutup buku! Ayat yang sama diulang-ulang banyak kali bila timbul isu Kerajaan Perpaduan. Alhamdulillah dah tutup buku!

Sebagai mengambil berat isu dalam Pas , keputusan telah dibuat untuk buat Seminar Politik pula pada 7 November ini di Markaz Tarbiyyah Pas di Taman Melewar , Gombak. Seminar dan Muktamar Khas dua perkara berbeza.

Tadi aku bersembang dengan orang Pas Kedah yang bernama "Razak Clear' . Aku kata sekarang kalau cakap orang Pas pro Umno atau pro UG, orang Pas yang pertahankan Nasa, Hasan Ali dan rakannya akan kata-

"Ada bukti mereka pro Umno?" Kata Razak tu "cakap kat depa ingat beli gula kat kedai, ingat beli belacan kat kedai atau beli gerek (basikal) ka nak bukti-bukti kalau pakat dengan Umno?"

Kata Razak tu lagi, " Zaman Rasulullah dulu para sahabat berjuang pertahankan Islam daripada kaya jadi miskin, zaman sekarang berjuang Islam daripada miskin pakat jadi kaya belaka , hidup pun mewah betoi ka lagu tu?"

Aku kata"itu rezeki dia Tuhan bagi." Kata Razak-"Betoi rezeki dia tapi kalau dapat daripada yang haram macam mana? Cakap sikit nak bukti, kalau ada bukti pakat dengan Umno tu kena cincang lama dah!"

Itu nada orang bawahan Pas yang istiqamah dengan Pas yang takkan berganjak nak pertahankan Pas daripada berpakat politik dengan Umno. Aku juga hormati orang Umno yang masuk Pas, tinggalkan perjuangan kebangsaan Melayu dan Assobiyyah Melayu untuk sama-sama perjuangkan Islam yang jadi dasar Pas, satu-satunya parti kat Malaysia ni yang jadikan Quran , Hadis , Ijma' Ulama dan Qias sebagai panduan lain parti tak ada benda ni semua.

Sekiranya pimpinan Pas dituduh nak berpakat politik dengan Umno sudah tentu mengecewakan orang Umno yang masuk Pas dan sudah tentu ia akan beranggapan perjuangan Umno itu yang aku berjuang dulu itu adalah betul!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan