Sabtu, 10 Oktober 2009

'Masuk Hidup , Keluar Mati' Kes Selesai - Mat Sabu

BAGAN PINANG, 10 Okt - Satu persatu pendedahan berkaitan rasuah pemimpin BN didedahkan Pakatan Rakyat, sama ada dalam media alternatif atau ceramah penerangan. Mesejnya yang disampaikan jelas mahu rakyat tahu aktiviti sebenar pemimpin yang telah mereka pilih lewat pilihanraya umum tahun lalu.


Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu menyatakan kredibiliti dan imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangya sudah 'hancur!'.


Satu pun matlamat asal penubuhan SPRM untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang dihormati bagi mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah dalam semua aspek kehidupan tidak dilaksanakan.


Peristiwa Teo Beng Hock yang 'Masuk hidup, keluar mati' - menjadi saksi disoal siasat penyalahgunaan sejumlah wang RM2,400 Adun sahaja dan Kes A.Kugan yang meninggal dunia dalam tahanan polis.


Ia perbezaan yang amat ketara untuk kesalahan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan juga Pengarah Kuala Dimensi Sdn. Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing dalam isu Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) - cubaan menutup kerugian projek yang gagal ini.

Beliau yang pernah mejadi ahi dewan rakyat PAS itu mempersoal tindakan SPRM yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam menyiasat kes melibatkan prosedur kewangan yang bernilai lebih puluhan juta ringgit, salahguna kuasa melibatkan ahli politik, tokoh korporat dan pegawai kerajaan ini.


"Bagaimana kesalahan yang jauh lebih besar ini, melibatkan prosedur kewangan yang bernilai lebih puluhan juta ringgit ini tidak di siasat secara serius oleh SPRM, sedangkan kes melibat sejumlah wang 2,4oo, jauh kecil dari itu disiasat sehingga Teoh mati.


"Tiong King hadiahkan 10,000 juta kepada Ong Tee Kiat - dipanggil siasat SPRM yang 'Masuk senyum, keluar kenyeh (senyum lebar), sepatutnya dia keluar dari bangunan SPRM tu denagn daging seketul-seketul," tegasnya disambut kuat suara penyokong yang hadir malam tadi.

Beliau menyifatkan SPRM sekarang bukanlah satu badan yang 'Without fear & feather' tetapi hanya berlaku adil di sebelah pihak kerajaan semata-mata. SPRM hanya akan menyiasat kes tersebut dengan bersungguh-sungguh sekiranya kes tersebut melibatkan Pakatan Rakyat.

Beliau turut menyatakan kehilangan dokumen kemasukan Altantuya Sharibu oleh pihak SPRM tidak masuk akal. Turut kehilangan dokumen berkaitan Raja Petra Kamaruddin yang telah kehilangan dokumen 'hepuscopus' beliau.


Misalnya dakwaan rasuah Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairuz Kamaruddin. BN mendesak SPRM siasat dan gesa beliau meletakkan jawatan, namun kes yang menjadi tumpuan ini selesai sebaik sahaja Fairuz meletakkan jawatannya dan berkata kes ini selesai.


"Ini adalah perangkap antara SPR dan SPRM.SPRM membersihkan Fairuz, SPR mengharapkan Fairuz masuk perangkap mereka,


"Kita tidak mahu penubuhan SPRM ini dilihat sebagai retorik semata-mata atau dilihat sebagai sekadar penjenamaan semula BPR menjadi SPRM," katanya.


Umno-BN amat terdesak berhadapan Pakatan Rakyat, hanya mengharapkan 'talian hayat' mereka di pilihanraya kecil dengan undi Pos tentera dan terbaru undi peneroka FELDA. Mereka menggunakan bantuan SPR untuk kekalkan kemenangan mereka. Ini semua dilakukan kerana BN tidak bersedia menerima kekalahan seterusnya.


"Bukankah tujuan penubuhan SPRM ada untuk membenteras rasuah? Apa jenis rasuah sekali pun masih tertakluk di dalam tugas Suruhanjaya ini, bukannya membantu BN tapi menyiasat ikut kira parti," soalnya.


Sehubungan itu, beliau berharap undi dari pengundi untuk menolak BN Ahad nanti menunjukkan bahawa rakyat tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin rasuah seperti BN.


prkn31baganpinang.pas.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan