Selasa, 20 Oktober 2009

Mat Sabu Ada ' Lampu Alladin'

Mat Sabu bekas Naib Presiden Pas dan bekas Ahli Parlimen telah dipilih oleh Pas untuk ketuai 'post mortem' kekalahan Pas di tangan Umno dengan majoriti yang besar (5435 undi) dalam prk Bagan Pinang.(harakahdaily)

Kenapa Pas pilih Mat Sabu? Sedangkan Mat Sabu hanya turun dua hari terakhir untuk berceramah di Bagan Pinang?Termasuklah lain-lain pemimpin yang semacam Mat Sabu yang turun dua hari terakhir kempen di Bagan Pinang. Sebut nama Mat Sabu sorang ja tak pa sebab Mat Sabu orang yang boleh terima kritikan dan ngaku memang beliau tak berkempen dengan sepenuh masa di Bagan Pinang.

Bila Pas kalah di Bagan Pinang macam orang sakit berubat tak lega. Macam -macam bomoh dan juga rawatan secara Islam dah dipanggil untuk rawat penyakit yang dihadapi tapi tetap tak mau lega! Mungkin Mat Sabu ada lampu ajaib atau 'lampu Alladin' nak suluh apa puncanya yang sebenar Pas kalah di Bagan Pinang dengan majoriti yang besar. Cuba la tengok Mat Sabu...

Kata seorang Ustaz ," Pas kalah di Bagan Pinang kerana tempat tu tak ada roh Islam. Nasib baik la ada sikit-sikit yang sokong Pas kalau tidak dah jadi.... belaka."

1 ulasan:

  1. tak betul tu tuan....Hj Mohamad Sabu turun lebih awal lagi , pada 28 dan 29 sept...beliau merasmikan ceramah yang paling awal lagi....orang situ pun ramai tak balik kg tu lagi....masing2 sebok ber hari raya lagi.....

    BalasPadam