Ahad, 18 Oktober 2009

Umno Kena Berubah Daripada 'United Malay' Kepada "United Muslim'-TGNA

Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yasin yang mahu Umno buat perubahan segera untuk tarik minat orang Melayu dan bukan Melayu diulas oleh Murshidul Am Pas , Tok Guru Nik Aziz.


" Kalau Umno mahu berubah, dia mesti berubah secara Islam, kerana Islam dari langit. Kalau manusia boleh terima , kenapa Melayu (Umno) tidak boleh terima?"- TGNA (sinar harian)

Umno buatlah perubahan apa pun bagi orang yang cerdik tidak akan menerima Umno.Kata TGNA lagi- "Selagi Melayu cerdik, dia tidak akan terima selain daripada Islam . Kalau terima selain daripada Islam, dia berfikiran pendek."-sinar harian klik

"Kalau Umno nak berubah, tukar dari ' United Malay' kepada 'United Muslim'. Biar dia sedar hidup atas dunia ini sementara. Syurga hanya Islam dan bukan kepada bangsa apa sekalipun."-sinar harian

Umno memang berubah. Berubah daripada Islam Hadhari kepada Satu Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan