Rabu, 28 Oktober 2009

Harimau Simpan Kuku Singa Mengaum

Malam ni akan berlangsung Mensyuarat Khas Pas Pusat untuk pulihkan 'penyakit berjangkit' dalam Pas yang kini sukar untuk diubati iaitu isu sesetengah pemimpin Pas yang dikatakan bermasalah pada parti. Adakah boleh selesai masalah selepas Mensyuarat Khas Pas itu? Itu yang bermain-main dalam kepala otak orang yang mau berfikir nasib Pas pada masa hadapan.

Pas bukan milik individu, bukan kepunyaan syarikat sendirian berhad, bukan parti pusaka mak-bapak sapa-sapa pun tapi milik semua ahli Pas dan penyokong setia Pas sejak Pas ditubuhkan.

Isu yang sering berbangkit selepas Pas menang selesa di beberapa negeri selepas pru-12 ialah muqabalah dan Kerajaan Perpaduan atau UG dengan Umno. Ada yang cakap 'khalwat dalam gelap', ada yang sebut pakatan sulit untuk Pas bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor dan peringkat Pusat. Inilah bermulanya titik tolak berlakunya perselisihan pendapat dan pertentangan antara sesama pemimpin Pas yang tiada kesudahan hingga hari ini. Bak kata Tok Guru bila orang bising tenggelam, bila orang diam timbul lagi dan lagi dan lagiii.

Dimainkan pula isu kononnya Melayu-Islam dalam Pas kena berbaik-baik dengan Umno sebab Umno pun Melayu -Islam. Semasa Pas solo dulu tak berpaut pada rakan-rakannya tak timbul pula isu Melayu-Islam dalam Pas yang disebut Islam saja bangsa-bangsa ni tak main! Sejak bila pula segelintir kuman dalam Pas jadi assobiyyah Melayu? Sebab pangkat , darjat dan kemewahan yang dikejarkah jadi Isu Melayu-Islam di timbulkan kepada ahli-ahli Pas yang buta dan sanggup jadi balaci Umno untuk sekongkol dengan Umno?

Dulu Tuan Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi di era 80-an dan 90-an begitu bengis dan menyinga terhadap Umno, sekarang didapati dah jadi agak lembut dan bersederhana terhadap Umno. Mungkin kerana inilah 'kuman-kuman' disekelilingnya naik tocang gilakan Umno yang jadi musuh Pas dulu kini dan selamanya.

Salahkah TGNA menyinga terhadap Umno dari dulu kini dan selamanya?Kenangan pahit TGNA semasa kerajaan campuran tahun 1974 dulu jadi ingatan yang tak pernah padam daripada fikiran TGNA untuk bermusuh dalam politik dengan Umno Cuba kita ingat sejarah Memali, sejarah Lubuk Merbau yang berdarah, siapakah yang bunuh orang Pas kalau bukan Umno? Semua ini diambilkira oleh TGNA. Bila mana TGNA dianggap pembawa perpecahan umat Melayu-Islam oleh adik-beradik Abu Jahal dan Abu Lahab, Syed Ali Al Habsyi Ketua Umno Cheras berapa ramai pemimpin Pas yang tampil kehadapan untuk bela TGNA? Tak ada!

Jangan cakap tak ada bukti pemimpin Pas cuba-cuba nak peluk Umno dan berbaik-baik dengan Umno untuk kerjasama politik, sudah terang lagi bersuluh lagaknya.Bahkan pengakuan Nasarudin Mat Isa dan Hasan Ali berjumpa Khir Toyo di Hotel Sheraton selepas pru-12 seperti yang didedahkannya kepada blogger2 yang hadir kerumah Hasan Ali termasuk blogger Umno menyatakan akan kebenarannya apa yang disembunyikan selama ini.

Kenapa panggil blogger2 buat sidang media untuk dedahkan masalah dalaman Pas sedangkan Nasarudin Mat Isa berkata bincang dalam Majlis Syura apa yang Tok Guru Nik Aziz cakap pasal EGM dalam blognya? Kepada blogger2 yang kutuk TGNA dengan bahasa yang maki hamun dan kotor kerana tidak setuju dengan apa yang TGNA cakap dalam blog beliau, anda sebenarnya telah berjaya diUmno kan daripada dalam Pas. Kerja Umno sekarang dah jadi mudah kerana kerja maki hamun pemimpin Pas dah diserahkan kepada anda semua yang berada dalam Pas.
Kenapa Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa tak panggil wartawan Harakah atau harakahdaily yang jadi lidah rasmi Pas untuk cerita segala-galanya? Pakatan apa yang depa buat dengan blogger Umno dan lain-lain blogger?

Wallah hu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan