Ahad, 25 Oktober 2009

Umno Tengok Pas Umpama Pukat Yang Terkoyak

Sewaktu bersembang dalam telefon dengan seorang ahli Pas daripada Kedah yang bertanyakan perkembangan terkini isu dalaman Pas, beliau begitu bimbang dengan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini.Kebimbangan yang dizahirkannya itu mungkin kerana beliau telah lama jadi ahli Pas sejak tahun 1980-an lagi.

Beliau seorang peniaga gerai makan bukan kerja makan gaji kerajaan.Kata beliau "Semasa Umno hadapi krisis kepimpinan dan ditolak rakyat dalam pru-12 yang lalu, kita kata kepada Umno dah berada di hujung nyawa, Umno akan ditalkinkan , Umno dalam keadaan nazak, tapi bila saja timbul isu dalam Pas sekarang ini Umno tengok kita (Pas) umpama pukat yang terkoyak, bukan Umno datang nak tolong jahit pukat yang terkoyak itu , malah Umno koyak-koyakkan lagi pukat tu supaya bertambah besar koyaknya."

Memang Umno ambil kesempatan untuk cucuk jarum-jarumnya kepada rakyat untuk raih keuntungan daripada apa yang berlaku dalam Pas sekarang. Umno umpama dapat dua keuntungan dalam sekelip mata.Pertama menang dalam prk Bagan Pinang dengan kalahkan Pas dengan majoriti yang lebih besar daripada pru-12 yang lalu. Kedua bila timbul isu Muktamar Khas untuk buang dua tiga kerat pemimpin Pas yang dikatakan bermasalah dalam Pas oleh Mursidul Am Pas, Tok guru Nik Aziz.

Mungkin saranan Ustaz Mujahid, AJK Pas Pusat dalam harakah daily ada benarnya berkenaan isu yang ditimbulkan oleh Tok guru. Baca di sini klik

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.

"Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.

"Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.

Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu-harakahdaily

2 ulasan:

  1. 1. PAS menang di PArlimen K. Trg...Cina tak undi PAS.
    2. PAS menang di Bkt Gantang...Cina tak undi PAS.
    3. PAS menang di Permatang PAsir...Cina x undi PAS.
    4. PAS menang di MU...melayu pun malu nak undi ADUN x reti membaca.
    5. PAS kalah di Bagan Pinang...Cina, India, Melayu semua tak undi pAs.

    Bila PAS nak sedar...PKR tak suka PAS kuat. PKR pun perlu undi Melayu. Qui bono? Tapi ilmu politik kau org terlalu lembap....dan jumud.

    BalasPadam
  2. Komen d iatas tu awat la singkat sangat otak. Otak hang boleh pikir takat tu ja ka? Tak abis -abis dengan keUmno-an dan Melayu ja ka? Ini yang Mahathir kata Melayu Haprak

    BalasPadam