Selasa, 13 Oktober 2009

Saya Rasa Gembira Kerana Tersalah Anggap-Mahathir

Mahathir dalam blognya terus mengulas tentang kemenangan Isa Samad di Bagan Pinang. Kata Tun beliau kagum dengan kemenangan Isa Samad tapi kemenangan BN dalam pru akan datang mungkin tidak segagah dalam pru 2008. Klik di sini

Walaupun Isa Samad dituduh bersalah amalkan politik wang dalam pemimilihan Umno tapi pengaruh Isa tetap kuat di Bagan Pinang. Kata Tun lagi adakah orang yang rasuah layak diangkat sehingga ketahap menjadi Menteri Kewangan.

Isa tentu ada cita-cita politik baru setelah kembali dalam dun Negeri Sembilan. Isa mungkin idamkan jawatan MB Negeri Sembilan yang pernah dipegangnya selama 22 tahun. Adakah MB sekarang Mohammad Hassan akan bagi laluan kepada Isa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan