Rabu, 21 Oktober 2009

Dah Mati Tiga Bulan Pun Boleh Bedah Siasat- Dr Pornthip

Lagi cerita kes kematian Teoh Beng Hock. Pakar Patalogi Thailand , Dr Ponrthip Rojanasunan berkata beliau sanggup buat bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock jika dibenarkan berbuat demikian.

"Saya masih boleh melakukan bedah siasat ke atas mayat itu malahan tiga bulan selepas kematiannya." kata Dr Pornthip di Mahkamah Koroner , Shah Alam-laporan Bernama (Klik). Bagi beliau keputusan lebih baik akan dapat dikenal pasti jika beliau sendiri yang buat bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh.

Peguam Tan Hock Chuan pula tidak setuju dengan pendapat Dr Pornthip yang mengatakan 80% Teoh telah dibunuh, kerana Pakar dari Thailand itu tidak buat bedah siasat sendiri. Kata Dr Pornthip :
"Ia adalah kerja saya dan saya percaya dengannya. Ia lebih saintifik."-bernama.

Kes kematianTeoh merupakan kes berprofil tinggi selepas pembunuhan Altantuya Shaaribu, wanita cantik manis dari Monggolia yang diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan