Jumaat, 16 Oktober 2009

Ingatan Buat Kerajaan Pakatan Rakyat Di Kedah

Ini lagi cerita dalam perbahasan Ucapan Dasar Presiden Umno oleh wakil Umno Kedah, Datuk Paduka Md Rozai Shafian yang jadi Ketua Umno Bahagian Pendang yang bercita-cita untuk rampas kembali Kerajaan Kedah daripada tangan Pakatan Rakyat.

"Kalau Kedah rebah atas ribaan kami , InsyaAllah pada pilihanraya umum ke -13 atas keringat yang ada , Kedah akan kembali kepada Umno dan BN."-Kata Rozai -Bernama

Kata -kata Rozai itu tidak boleh dipandang remeh oleh Pas dan Pakatan Rakyat di Kedah. Kalau Umno bersatu dan tidak pecah belah di Kedah, kemungkinan besar kerajaan Pas dan Pakatan yang ada akan tumbang di Kedah. Salah satu punca Umno tewas dalam pru-12 di Kedah kerana orang Umno berpecah belah dan meluat kepada pemimpin Umno yang ada.

Apa yang Kerajaan Pakatan di Kedah buat untuk tinggikan Syiar Islam di Kedah? Ada buat ka atau tak ada? Ini penting untuk tarik hati orang Melayu mendekati Pas bukan sekadar harapkan undi orang bukan Melayu saja.Kalau tidak ada buat satu pun perubahan untuk tinggikan Syiar Islam , orang Melayu akan anggap, malah dah anggap pun Pas sama saja macam Umno-Bn, lebih baik sokong Umno! Ini yang kita takut.

Dalam perkara tinggikan Syiar Islam , jika Pas gagal tunjuk perbezaan walaupun dah setahun tujuh bulan perintah Kedah amat merbahaya kepada pengundi yang undi Pas dalam pru-12 yang lalu di Kedah.

Contoh di Bagan Pinang, memang kubu Umno, dan kita tahu akan kalah dan Pas lawan mau menang walaupun calon Pas bersih calon Umno ada kes rasuah, tapi orang Melayu tetap sokong Umno untuk menangkan Bn di Bagan Pinang. Begitu juga di Kedah lama-lama orang Melayu akan anggap walaupun kerajaan Pakatan di Kedah tak rasuah tapi tak ada perubahan lebih baik sokong Umno walaupun rasuah. Sokong Umno yang rasuah masalah sampah selesai , sokong kerajaan Pakatan di Kedah masalah sampah pun tak selesai walupun tak ada rasuah.

Kalau Umno bersatu, MIC bersatu dan MCA bersatu apa akan jadi dengan kerajaan Pakatan di Kedah? Kalau Umno kuat MIC dan MCA akan berpayung dibawah Umno untuk tumpang tuah.

Pas di Kedah kena ingat, Stunami politik tak selalu berlaku ,jika tak pandai guna peluang yang ada akan lingkup ditelan Umno-Bn yang bekerja siang malam untuk ambil balik Kedah ke dalam genggaman BN. Rumah yang terbakar rumah kayu tentu di ganti balik dengan rumah baru yang lebih elok tapi jika tak diganti nak duduk juga dalam abu rumah yang terbakar apa akan jadi?

Tahun 2004 rakyat bagi sokongan kepada Pak Lah kerana termakan dengan Islam Hadhari yang Pak Lah bawa, lama-kelamaan Islam Hadhari Pak Lah tak disebut lagi hingga sekarang dan Pak Lah pun terpaksa undur kerana tewas teruk dalam pru-12. Adakah stunami yang melanda Pas hingga boleh perintah Kedah bersama rakan-rakannya akan kekal dalam pru-13? Ini yang Pas kena fikir bukan sibuk dengan jamuan raya sampai 30 Syawal saja.

'Pas For All' yang diperkenalkan Pas dalam pru-12 yang lalu telah berjaya tarik minat orang bukan Islam untuk sokong Pas dan undi Pas dalam pru-12. 'Pas For All' itu sebenarnya 'Islam For All". Tapi 'Islam For All' tak nampak yang nampak 'Pas For All' saja di Kedah.

Memang tak dinafikan kerajaan di Kedah itu kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerajaan Pas Kedah tak sama macam Kelantan yang dikuasai Pas 100% tapi Pas hendaklah tonjolkan imej Islam supaya orang Melayu boleh nampak perbezaan yang ketara antara Umno perintah dengan MB Kedah yang di pegang orang Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan