Khamis, 15 Oktober 2009

Dah La Jatuh Tangga Terpijak Pula Tahi Ayam

Apabila Pas kalah di Bagan Pinang macam-macam cerita yang kita dengar daripada ahli dan penyokong Pas. Ada yang hairan kenapa undi yang Pas dapat amat berkurang jika dibandingkan semasa pru-12 yang lalu.

Ada yang kata faktor calonPas orang luar daripada Bagan Pinang, ramai orang tak kenal. Orang India di estate pula tak kenal Pas tak sama macam orang India di Selangor yang ada Kelab Penyokong Pas.Isa Samad walaupun ada kes politik wang tetap dikenang jasanya oleh orang Bagan Pinang yang juga anak kelahiran Bagan Pinang, adik beradiknya ramai kat Bagan pinang. Macam -macam lagilah yang orang Pas dan Penyokong Pas kata bila kalah di Bagan Pinang.

Pemimpin Pakatan Rakyat pula macam MB Selangor kata Pas kalah di Bagan Pinang kerana isu arak yang ditimbulkan oleh pemimpin Pas di Selangor. Klik di sini

Umno pula dalam persidangan Pemuda Umno tuduh pemimpin Ketua Pemuda Pas Nasaruddin Tantawi pembohong, klik di sini .

Pemimpin Umno termasuk Najib dan juga Khairy mendabik dada dengan kemenangan Umno dengan ucapan yang penuh bersemangat mengatakan Umno dah diterima kembali oleh rakyat tak kira Melayu, Cina dan India dah kembali sokong BN.

Ingatkan gempa bumi akan melanda Umno-Bn tapi Pas pula yang kena gempa di Bagan Pinang. Bukan setakat kalah tapi mendapat hinaan daripada dalam dan luar Pas.

Orang Pas dan penyokong Pas pula yang tak turun ke Bagan Pinang sibuk bertanya kenapa Pas kalah, kenapa kalah dengan majoriti yang banyak. Pergi pun tidak tanya pula yang banyak itu dan ini!

1 ulasan:

  1. Yang cabuk sekali Ahli2 Parlimen Pas yg makan elaun parlimen Kerajaan BNumno dok melancong saja dgn kereta mewah tapi yg malun MP yg tak datang jenguk langsung dan ahli exco Pas negeri2 PR tiut hamprak pperitttttttttttttttttttttttttttt

    BalasPadam